Selasa, 7 Februari 2017

VIDEO Lintasan Bola Api Awal Pagi

Green Bay (Amerika Syarikat): Tahi bintang kelihatan di beberapa negeri di utara Amerika Syarikat, awal pagi Isnin.

Beberapa kamera di kereta peronda polis di Wisconsin dan Illinois sempat merakam bola api melintasi langit pada 1.25 pagi waktu tempatan (3.25 petang waktu Malaysia.

Selain Illinois dan Wisconsin, Persatuan Tahi Bintang Amerika Syarikat menyenaraikan lokasi di Indiana, Michigan serta negeri lain di mana ia kelihatan.

Ahli kaji cuaca Perkhidmatan Cuaca Nasional, Jeff Last berkata, tahi bintang itu turut disertai debum bunyi yang menggegarkan beberapa rumah di kawasan Green Bay.


Last berkata, radar menunjukkan tahi bintang itu merentasi Tasik Michigan tetapi tidak jelas jika ia jatuh ke dalam air atau berkecai di udara.
loading...