Selasa, 21 Februari 2017

Video Pemain Dari Brazil Menangis, Diejek Seperti Monyet

Seorang pemain bola sepak dari Brazil menangis selepas dikeji dengan kata-kata menghina dan perkauman oleh penyokong lawan dalam satu perlawanan Liga Super Serbia, Ahad lalu.

Pemain tengah FK Partizan, Everton Luiz tampil membantu pasukannya di gelanggang lawan berdepan kelab Rad Beograd.

Setiap kali pemain berusia 28 tahun itu mendapat bola, penyokong tuan rumah mengeluarkan bunyi seperti monyet.

Dan di akhir tempoh perlawanan mereka juga mengibarkan kain rentang berbaur penghinaan terhadap pemain itu.

Walaupun pihak berkuasa cuba meredakan tindakan penonton, keadaan itu gagal dikawal.

Sebaik wisel tamat perlawanan dituipkan pengadil, Luiz sempat menunjukkan isyarat lucah sebagai tindak balas kepada penyokong lawan terbabit.

Susulan itu ketegangan tercetus apabila pemain Rad Beograd membantah tindakan Luiz sekali gus mempertahankan penyokong mereka.

Insiden sebaik tamat waktu perlawanan itu disusuli dengan tangisan Luiz sebelum ketika meninggalkan padang.

"Saya dihina dengan rasis sepanjang 90 minit dan terasa sangat sedih apabila pemain lawan hanya membiarkan perkara itu. Mereka semua menyerang saya.

"Saya menyukai Serbia dan orang-orang di sini. Ini menjadi sebab mengapa saya menangis. Saya mahu lupakannya secepat mungkin," katanya seperti dilaporkan Dailymail.

Namun, Luiz mempunyai alasan untuk tetap gembira pabila kemenangan berpihak kepada pasukannya dengan keputusan 1-0. Kemenangan itu sekali gus meletakkan skuad bimbingan Marko Nikolic itu kekal di tangga kedua liga.

Kes penghinaan seumpama itu terhadap pemain dari Brazil bukanlah perkara baru dalam bola sepak. Ia berlaku atas faktor perbezaan warna kulit.
loading...