Isnin, 27 Februari 2017

Video Tangisan Seorang Ibu Yang Anaknya Mati Dalam Tahanan Di Lokap

Tangisan seorang ibu yang anaknya mati dalam tahanan di lokap polis pada Sabtu lalu, tidak dapat menahan kesedihan apabila satu proses bedah siasat terhadap mayat mendiang dilakukan bagi mencari punya penyebab kematian.

Bedah siasat itu dilakukan di Hospital Sg Buloh pagi tadi.

Menurut peguam, Eric Paulsen, keputusan bedah siasat itu dijangka dapat diketahui selewat-lewatnya hari ini.

Turut hadir sama, peguam yang juga Naib Presiden PKR N Surendran dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Terdahulu, seorang lelaki mati dalam lokap tahanan polis di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada Sabtu lalu, selang beberapa minggu kes yang sama berlaku di Klang.

Menurut laporan The Star, M Thanaseelan, 43, ditemui dalam keadaan tidak sedar di sel lokap pada 1.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, R Supramanisam berkata sebuah ambulans dikejar ke lokasi dan mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.-Malaysiakini
loading...