Rabu, 22 Februari 2017

Video Wanita Mengamuk Balas Dendam Kerana Digangu Pemandu Van.

London: Seorang wanita yang menunggang basikal membalas dendam terhadap dua lelaki yang mengganggunya ketika berhenti di lampu isyarat dengan mencabut cermin sisi van dinaiki dua lelaki itu.

Kejadian itu yang dirakam kamera pada topi keledar seorang penunggang motosikal bermula di persimpangan Tottenham Court Road apabila lelaki dan van berkata kepada wanita itu “Mahu nombor saya?”

Wanita itu kelihatan tidak senang dengan gangguan mereka, menepuk cermin sisi van namun lelaki terbabit terus mengganggunya dan meminta nombor telefon wanita berkenaan.

Pada satu ketika lelaki itu menghulurkan tangan cuba menyentuh belakang atau tangan wanita berkenaan.

Apabila lampu hijau, wanita itu memecut basikalnya mengejar van berkenaan dan sebaik van berkenaan berhenti, dia mencabut cermin sisi van sebelum berlalu.

Penunggang motosikal yang merakam kejadian itu, ketika lalu di tepi van berkenaan berkata: “Memang patut, padan muka,...”

Rakaman itu dimuat naik ke Facebook beberapa hari lalu, dan sudah ditonton lebih 10 juta kali. - Harian Metro
loading...