Jumaat, 3 Mac 2017

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.

Melihat manusia berkawan dengan haiwan itu memang sesuatu yang normal dan biasa. Banyak sahaja filem yang memperlihatkan persahabatan manusia dengan haiwan, termasuk haiwan liar. 

Tetapi pernahkah anda melihat persahabatan tiga penjuru antara singa, beruang dan harimau. Kedengarannya memang tidak masuk akal tetapi ketiga-tiga haiwan liar ini memiliki tali persahabatan yang luar biasa.

Beruang yang diberi nama Balloo, singa bernama Leo dan harimau bernama Sher Khan adalah trio yang ideal. Mereka memang haiwan yang paling berbahaya di dunia, bahaya kepada manusia dan haiwan-haiwan lain. 

Tetapi apa yang menariknya mereka boleh menjadi kawan yang baik dan sangat rapat antara satu sama lain. Walaupun anda sukar untuk mempercayainya tetapi ini memang kisah benar, bukan rekaan seperti di dalam filem.

Masing-masing mempunyai kisah mereka tersendiri sebelum mereka berkawan baik. Mereka yang ditemui dalam keadaan yang mengerikan oleh pusat perlindungan Noah Ark Animal  terletak di Georgia lima belas tahun yang lalu. Sejak itu mereka tinggal bersama-sama.

Ketiga-tiga haiwan pemangsa ini berkongsi tempat tinggal yang sama dan hidup secara aman. Tetapi pernahkah anda terfikir apa yang berlaku jika mereka berhadapan antara satu sama di hutan?


Anda pasti membanyangkan akan adanya pergaduhan yang dahsyat antara mereka. Mereka yang bersifat karnivor pastinya akan memburu haiwan lain sebagai mangsa dan terpaksa bersaing untuk mendapat makanannya. Tetapi hal yang sebaliknya berlaku di pusat perlindungan haiwan tersebut. Mereka hidup aman bersama-sama.


Ketiga-tiga sahabat diberi gelaran oleh pusat perlindungan haiwan tersebut iaitu BLT. BLT bermaksud trio yang indah beruang, singa dan harimau (bear, lion and tiger). BLT telah diselamatkan dalam serbuan polis pada tahun 2001 dari ruangan bawah tanah sebuah rumah di Atlanta. Seorang pengedar dadah telah mengurung mereka sebagai simbol status.


Foto ini diambil pada tahun 2001, menunjukkan keadaan Leo yang amat menyedihkan ketika dia diselamatkan. Dia mengalami luka pada hidungnya yang teruk dijangkiti kerana dikurung di sangkar yang sangat kecil.


Ketiga-tiga dalam keadaan yang sangat teruk dan menyedihkan, justeru itu, mereka memerlukan rawatan perubatan segera. Balloo memerlukan pembedahan untuk mengembalikan kesihatannya.

Mereka semua menghadapi masalah yang sama iaitu kekurangan zat makananan yang teruk. Oleh itu, tindakan segera perlu diambil untuk memastikan mereka dapat kesihatan yang baik dan dapat meneruskan hidup dan hal ini telah menyelamatkan mereka.


Sepanjang masa semasa pemulihan mereka ‘terperangkap’ antara satu sama lain. Mereka terpaksa berkongsi tempat tinggal dan hal ini akhirnya telah mewujudkan ikatan persahabatan antara mereka dan mereka tidak lagi dapat dipisahkan.


Melihat mereka membesar dan hidup bersama adalah sesuatu yang luar biasa. Apabila mereka bersama kelihatan mereka seolah-olah memberi gaya terbaik untuk jurugambar mengambil foto mereka.


Pada saat dunia kini yang berhadapan dengan kucar-kacir di beberapa tempat, dengan kewujudan pembahagian antara manusia yang seringkalanya dilihat tidak adil. Ada golongan yang terus menindas dan golongan bawahan yang ditindas. Melihat kepada ketiga-tiga haiwan ini mereka sebenarnya sedang mengajar kita sesuatu.

Mereka menunjukkan kita untuk hidup secara aman, bersama-sama. Tiada pergaduhan walaupun memiliki latar belakang dan jenis yang begitu berbeza. Alangkah baiknya jika semua manusia boleh mencontohi apa yang mereka tunjukkan…


Mereka begitu menikmati masa bersama-sama, melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Masa-masa yang dikongsi bersama membuat mereka mungkin terlupa mereka adalah haiwan yang berbahaya.


Mereka dijumpai dalam keadaan parah telah dibawa ke sini untuk menjalani pemulihan dan akhirnya hidup di tempat yang sama. Mereka berjaya mewujudkan keharmonian yang adakalanya tidak masuk akal. Mereka berjaya mewujudkan keamanan dan kebahagian dengan cara mereka sendiri dan hal tersebut sangat mengangumkan.


Tonton video di bawah untuk melihat bagaimana mereka hidup bersama. Era Baru
loading...