Khamis, 9 Mac 2017

6 Gambar Dua Puluh Remaja Wanita Maut Terbakar Hidup-hidup

Dua puluh remaja perempuan maut dalam kebakaran di rumah perlindungan kanak-kanak San José Pinula (Guatemala) hari ini.

Semua mangsa maut berusia antara 14 hingga 17 tahun.

Kerajaan Guatemala turut mengisytiharkan tiga hari berkabung kerana tragedi di lokasi yang terletak 10 kilometer timur dari Guatemala City.

Beberapa lagi mangsa turut cedera dan dirawat di beberapa hospital di ibu negara Guatemala.

Satu daripada hospital itu, Roosevelt Hospital melaporkan sedang merawat 24 mangsa cedera termasuk enam parah

Pendakwa yang mempertahankan hak kanak-kanak, Abner Paredes berkata, kejadian berlaku ketika remaja sedang dihidangkan makanan.

“Kebakaran bermula apabila beberapa remaja mula membakar tilam,” katanya.

Kebakaran itu dipercayai bermula ketika pemberontakan semalaman di rumah perlindungan yang dikatakan mempunyai hampir dua kali ganda penghuni yang sepatutnya. Rumah itu dibina untuk 400 penghuni.




loading...