Ahad, 5 Mac 2017

6 Gambar Suami Bakar Isteri Kerana Muat Naik Gambar Swafotonya Di Facebook.

Bangkok: Seorang lelaki yang cemburu menyimbah petrol pada isterinya sebelum membakar wanita itu kerana terlalu marah dengan tindakan mangsa memuat naik gambar swafotonya di Facebook.

Pasangan berkenaan, Chatchawarn Tarrin, 28, dan Nednapha Nuankhul, 26, berkahwin Januari tahun lalu.

Nednapha memuat naik gambarnya di Facebook Disember lalu menyebabkan suaminya berang.

Ketika bertengkar, wanita satu anak itu cuba melarikan diri tetapi Chatchawarn menahannya sebelum menyimbah dia dengan petrol dan menyalakan api di rumah mereka di Amphoe Chiang Kham, utara Thailand.


Kejadian itu menyebabkan Nednapha melecur teruk.


Gambar Yang Dimuat Naik Oleh Nednapha Nuankhul 



loading...