Jumaat, 3 Mac 2017

7 Fakta Menyeramkan Disebalik Kematian Elisa Lam

Pada 31 Januari 2013, pasangan suami isteri iaitu David dan Yinna Lam membuat laporan polis selepas anak gadis mereka yang bercuti di Los Angeles, Amerika Syarikat, seorang diri tiba-tiba berhenti menghubungi mereka.

Menurut David, anak gadisnya, Elisa Lam, biasanya akan menelefon mereka sekali setiap hari. Namun, pada hari itu mereka tidak lagi menerima panggilan daripada Elisa yang baru berusia 21 tahun.

Beberapa minggu kemudian di Hotel Cecil, beberapa orang penghuni bilik mengadu kepada pihak pengurusan tentang air dalam bilik mereka yang dikatakan kotor. Air paip yang keluar berbau hanyir dan kadangkala disertai ketulan-ketulan hitam.

Setelah menerima banyak rungutan, pihak pengurusan telah menghantar pekerja bahagian penyelenggaraan untuk menyiasat punca pencemaran air yang berlaku.

Alangkah terkejutnya pekerja itu apabila menemui sekujur tubuh yang tenggelam dalam salah satu daripada empat buah tangki tertutup yang berada di atas bumbung hotel tersebut.

Mayat itu dikenali pasti sebagai Elisa Lam, pelajar Universiti Vancouver yang dilaporkan hilang. Kematian gadis itu amat mengejutkan.

Pihak berkuasa yang menjalankan siasatan tertanya-tanya bagaimana hayat Elisa boleh berakhir di dalam tangki air tersebut.

Ini kerana untuk naik ke bumbung hotel, perlu melalui satu pintu yang berkunci, dimana hanya pekerja tertentu yang mempunyai kad akses sahaja boleh melepasinya.

Pelbagai andaian mula dibuat. Ada yang mengatakan Elisa sebenarnya mati dibunuh dan bukannya bunuh diri. Tidak kurang yang menuduh gadis itu berada di bawah pengaruh dadah.

Namun, ujian yang dilakukan ke atas mayatnya mengesahkan Elisa bersih daripada dadah. Ada juga yang menuduh Elisa mempunyai masalah mental dan bertindak mnencabut nyawanya sendiri.

Tiada jawapan mampu merungkai bagaimana nyawa Elisa berakhir. Hanya rakaman kamera litar tertutup dalam lif di Hotel Cecil menunjukkan kelibat Elisa sebelum kehilangannya.

Rakaman itu menunjukkan Elisa yang berbaju merah masuk ke dalam lif. Selepas menekan butang untuk naik ke tingkat yang ingin dituju, Elisa bersandar di dinding lif.

Yang menghairankan, pintu lif tidak tertutup walaupun tiada sesiapa yang menghalang. Elisa mengintai ke pintu sebelum kelihatan seperti bersembunyi daripada sesuatu.

Dia kemudiannya keluar dari lif dan seakan-akan bercakap dengan seseorang sebelum masuk semula dan sekali lagi menekan butang pintu bertalu-talu. Tapi sama seperti tadi, pintu lif masih juga tidak tertutup.

1.Sisi gelap Hotel Cecil
Apa yang menimpa Elisa bukan sesuatu yang menghairankan jika dikaitkan dengan hotel tempat gadis itu menginap.

Hotel Cecil yang terletak ditengah bandar Los Angeles merupakan sebuah hotel bajet dan mempunyai 600 buah bilik.

Sejak pembinaannya pada tahun 1927, hotel tersebut menjadi saksi kepada beberapa siri kes kematian yang melibatkan kejadian bunuh diri dan juga pembunuhan kejam.

Wanita bernama Pauline Otton, 27 tahun, pernah bertindak terjun dari tingkat sembilan hotel tersebut pada tahun 1962 selepas bertengkar dengan suaminya.

Pauine dikatakan telah menghempap seorang pejalan kaki iaitu George Gianinni, 65, sekaligus membunuh kedua-dua mereka.

Dalam satu kejadian lain pada tahun 1964, Goldie Osgood, seorang wanita yang gemar memberi makanan kepada burung merpati di taman berhampiran telah ditemui mati di salah sebuah bilik hotel tersebut.

Goldie dikatakan telah ditikam, dicekik dan dirogol sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan menyayat hati. Bilik yang dihuninya juga dikatakan telah diselongkar dan segala barang berharga telah dicuri.

Pada tahun 1984, salah sebuah bilik di tingkat 14 Hotel Cecil telah menjadi rumah kepada seorang pembunuh bersiri yang kejam bernama Richard Ramirez.

Lelaki itu menjadi buruan kerana jenayah merompak, rogol dan bunuh yang dilakukannya. Dia dipercayai menyembelih semua 13 mangsanya di bilik tersebut sebelum akhirnya berjaya diberkas pihak berkuasa.

Seorang lagi pembunuh bersiri warganegara Australia, Jack Unterweger, juga dikatakan pernah menetap di hotel tersebut pada tahun 1991 selama lima minggu. Jack dikatakan telah membunuh tiga daripada 11 mangsanya sewaktu tinggal dibilik itu.

Mungkinkah kejadian yang menimpa Elisa Lam ada kaitannya dengan perkara-perkara yang terjadi sebelumnya? Apa yang pasti, sehingga kini tiada bukti menunjukkan Elisa dibunuh mahupun membunuh diri.

Polis mengklasifikasikan kematian Elisa sebagai kemalangan dan jika benar, dengan siapa pula Elisa berbicara di luar lif pada hari dia dilaporkan hilang?

2.Apa yang sedang terjadi pada Elisa Lam di dalam lift tersebut? Kenapa dia berkelakuan sangat pelik ?

Bagaimana beliau boleh berada di dalam tangki? bagaimana caranya naik ke atap yang terkunci?

Jika Elisa Lam dibunuh, maka lokasi dan suasana di tempat penemuan mayatnya menunjukkan pembunuhan ini adalah satu jenayah yang cukup sempurna dan terancang.

Menurut pihak polis, mereka memiliki lebih dari 100 jam rakaman CCTV di dalam hotel Cecil, tapi hanya rakaman di dalam lift saja yang dikeluarkan bagi mempermudah orang ramai yang mengenalinya kerana Elisa Lam yang didalam rakaman tersebut agak berbeza jika dibandingkan dengan foto-fotonya di facebook.

Pada 22 Februari 2013, pihak polis menyelesaikan outopsi dan mengumumkan sebab kematian Elisa belum dapat diputuskan dan pengumuman seterusnya terpaksa menunggu hasil pemeriksaan toksikologi terlebih dahulu.

Pada 21 Jun 2013, seluruh pemeriksaan selesai dan pihak polis mengumumkan bahwa kematian Elisa Lam terjadi akibat “Accidental Drowning” atau lemas disebabkan kemalangan. Pemeriksaan ini juga menemui Elisa menderita Bipolar Disorder (Penyakit mental yang berhubung dengan perubahan mood yang drastik) yang menjadi penyumbang terhadap kecelakaan ini. Polis tidak mendedahkan lebih lanjut.

Tidak ada perbuatan “jenayah sempurna” seperti yang diperkatakan orang ramai.

Pengumuman ini membuat keluarga Elisa sangat kecewa kerana tidak ada keterangan bagaimana Elisa boleh sampai ke bumbung.

Apakah pihak polis benar-benar telah menyelesaikan kes ini ? atau ada kemungkinan lain ? Hmmm…

Sebelum admin berspekulasi yang pelik-pelik, korang perlu menyedari satu hal. Kes ini tidak akan boleh diselesaikan hanya dengan melihat beberapa foto dan rakaman. Bahkan di dalam filem-filem fiksyen, detektif yang brilian pun memerlukan akses ke berbagai informasi untuk memecahkan kes pembunuhan.

Dalam kes Elisa Lam, kita mahukan semua rakaman CCTV dari hotel Cecil. Kita juga perlukan statement semua pekerja dan guest hotel berkenaan begitu juga apakah hasil siasatan lokasi tangki dan laluan menuju ke bumbung ? cap jari yang ditemui, hasil pemeriksaan bilik tempat Elisa menginap, talipon bimbit beliau dan banyak lagi.

Tanpa semua itu kau orang hanya mampu membuat spekulasi saja ler…

Jadi untuk membuka fikiran kau orang, admin rasa tak salah untuk mereview balik kes ini. Tujuan posting ini pun hanya untuk melihat beberapa kemungkinan dan tidak bertujuan untuk mengesahkan apa yang sebenarnya terjadi pada Elisa Lam.

3.Sebab Pertama – Pembunuhan yg didalangi oleh geng Iluminati…

Jangan kata admin ini terpengaruh dengan Neil Armsteen.. haha. Ini bukan admin saja-saja buat cerita. Teori ini pernah diajukan oleh banyak ahli teori konspirasi dekat internet. Alasannya adalah nama “Elisa Lam”. Al Kisahnya tidak beberapa lama sebelum kematian Elisa, di kawasan tersebut terjadi wabak TBC. Salah satu metod untuk mendiagnosis penyakit tersebut pada pesakit HIV adalah dengan cada “LAM-ELISA”.

Jika kau orang tak percaya, kau orang boleh tanya lobai google… Nanti ada keterangan tentang metod ini.

Atas persamaan ini, para penganut teori konspirasi mengambil kesimpulan bahawa kematian Elisa digunakan oleh Iluminati sebagai hint kepada penduduk Los Angeles mengenai serangan senjata biologi yang bakal terjadi.

4.Sebab kedua – Pembunuhan yang dilakukan oleh HANTU?!
Para pengguna internet di Asia mula mengaitkan kematian Elisa dengan hantu. Sebabnya rakaman misteri rakaman CCTV tersebut dan lagi paling menakutkan kematian Elisa ada persamaan dengan adegan dalam filem seram “Dark Water”.

Macam yang admin dah cerota diatas sejarah negeri Hotel Cecil sebelumnya pernah juga mencatatkn kematian-kematian yang bermisteri. Hotel Cecil dibina pada tahun 1927. Richard Ramirez dan Jack Unterweger, dua pembunuh bersiri yang popular diberitakan pernah tinggal di hotel ini sambil melakukan jenayahnya dari tahun 1950an hingga 1960an, hotel ini juga menjadi femes kerana beberapa orang pengunjung membunuh diri dengan cara terjun dari tingkap bilik.

Mungkinkah roh-roh dari masa lampau kembali datang dan menghantui Elisa?

5.Kemungkinan ketiga – Pembunuhan (bukan oleh Iluminati atau hantu)

Jika kemungkinan yang ketiga ni betul, dah tentu pembunuhnya seorang lelaki berbadan besar sebab memerlukan kekuatan yang cukup untuk mengangkat mayat Elisa sambil mendaki tangga ke atas tangki.

Atau… Boleh jugak pembunuhnya hanya berbadan kecil. jika dalam situasi demikian, maka kemungkinan Elisa mengenalinya.

Mana tahu kan kut Elisa ini bertemu dengan seseorang yang dikenalinya di hotel. Lalu pembunuh itu ajak jumpa di tingkat 14, alasan untuk melihat pemandangan bandar Los Angeles di waktu malam melalui tingkap kecil di tingkat itu. Atau si pembunuh memang tinggal di tingkat tersebut (Elisa duduk dekat tingkat 4 dan lift yang nampak dalam CCTV berhenti di tingkat 14).

Dalam lift, Elisa memutuskan untuk bermain-main sebentar. Ia membuka pintu lift, lalu menekan butang door hold, bersembunyi di sudut lift. Tujuannya untuk memeranjatkan ‘kawan’ dia itu jika masuk ke dalam lift. Oleh sebab tidak muncul-muncul, Elisa memutuskan untuk membatalkan permainannya.

Mengenai kelakuan pelik Elisa di dalam dan luar lift, mungkin sebab Elisa terasa bosan atau sedang merilekskan fikirannya

Walaupun beliau gagal untuk prank ‘kawan’nya tapi dia tetap terjenguk-jenguk keluar dan akhirnya Elisa keluar dari lift, dan bertemu dengannya ‘pembunuhnya’ ditingkat 14.

Si pembunuh mungkin ajak Elisa untuk naik ke bumbung bagi mendapatkan pemandangan Los Angeles yang lebih gempak. Setelah Menyedari pintu menuju bumbung terkunci, mereka naik ke atas melalui tangga kecemasan.

Atas bumbung ‘pembunuh’ itu mengajaknya naik ke “storage room”. Dekat sana Elisa dibunuh, mungkin dengan memberinya dadah membuatnya Elisa tidak sedar. Dari situ, si pembunuh tidak ler bersusah payah untuk memasukkan mayat Elisa ke dalam tangki…

Kerana dadah yang diberikan hanya dalam dose ringan, mayat yang sudah membusuk selama belasan hari akan melenyapkan kesan sehingga tidak dapat dikesan para petugas toksikologi. Apa pun ini teori admin jer.. kena ingat itu!

Kemungkinan terjadinya pembunuhan memang menjadi spekulasi banyak orang. Namun, sebaik apapun teori mengenai cara pembunuhan dilakukan akan menjadi tidak masuk akal.

Seperti yang admin katakan, pihak polis memiliki akses terhadap seluruh CCTV hotel. Jika pihak hotel memasang CCTV di dalam lift, dah tentu pihak hotel boleh saja pasang CCTV kan lorong depan lift itu kan ? Apabila Elisa bersama seseorang pada hari itu, pastilah CCTV akan menangkapnya dan polis sudah dapat siapakah suspeknya dan jika Elisa tidak bersama seseorang, pastilah polis juga sudah memeriksa CCTV untuk melihat siapa saja yang pernah naik atau turun dari bumbung. Adakah polis merahsiakan sesuatu ?! atau memang tidak ada pembunuh dalam kes ini?

6.Kemungkinan keempat – Kemalangan

Seperti yang admin taip dekat atas, pihak polis mengumumkan kematian Elisa disebabkan oleh “Accidental Drowning”. Jawapan ini tidak memuaskan banyak pihak, termasuk keluarga Elisa sendiri.

Bagaimana kes pelik ini dianggap sebagai kemalangan? Mungkinkah polis salah dalam membuat kesimpulan?

Memang ada kemungkinan di situ…..

Melakukan bedah siasat terhadap mayat yang diambil dari air bukan sesuatu yang mudah. Untuk menentukan adakah seseorang mati kerana lemas, team forensik biasanya akan melihat air di dalam paru-paru atau kandungan diatom (sejenis algae mikro) di dalam tubuh. Bukan hanya itu, team forensik juga akan melihat adakah terdapat vegetation (rujuk kamus) di tapak tangan korban.

Jika seseorang lemas, maka reaksi pertamanya adalah menjangkau benda atau permukaan yang boleh dicapai. Sebab itu lah, selalunya mangsa lemas memiliki sisa-sisa vegetation air di tangannya (Untuk kes Elisa, tidak mungkin sebab beliau bukan lemas di sungai, tetapi dalam tangki yang mana tiada cahaya matahari masuk bagi menghasilkan lumut, kulat atau sebagainya.

Untuk mendapatkan informasi lebih lanjut, pihak polis akan meminta bantuan toksikologis untuk memeriksa apakah ada bahan-bahan kimia atau dadah (ubat) di dalam tubuh mayat. Jika mayat telah mengalami pembusukan, maka toksikologis boleh saja memeriksa Vitreous Humor (sejenis gel yang berada di antara lensa dan retina mata)

Untuk mendapatkan hasil yang hampir tepat, pihak toksikologis perlu mendapatkan rekod kesihatan korban untuk mengesahkan ubat-ubatan yang ada di dalam sistem tubuhnya. Inilah yang menyebabkan result toksikologis Elisa keluar empat bulan setelah kematiannya. Pihak polis mengaku mengalami kesulitan mendapatkan rekod kesihatan itu.

Jika tiada tanda-tanda seperti alkohol, ubat, serangan jantung atau dipukul benda tumpul, maka mereka mengambil kesimpulan mangsa mati kerana lemas.

Dalam kes Elisa, pihak forensik tidak menemukan tanda-tanda kekerasan atau adanya ubat-ubatan di dalam tubuh beliau. Oleh itu diletakkan dibawah kategori ‘kemalangan’…. TETAPI macam mana mayat itu boleh berada di dalam tangki? Apakah Elisa naik ke atas tangki untuk melihat pemandangan malam dan kemudian terjatuh ke dalam tangki? Bukankah tangki tertutup? haa.. jawab-jawab.. huhu

Oleh itu, ada kemungkinan terakhir yang mungkin lebih masuk akal berbanding sebab kemalangan !

7.Kemungkinan kelima – Bunuh Diri 

Setakat ini kita dapat mengetahui pihak polis memiliki informasi spt berikut:

1. Tidak ada tanda-tanda pembunuhan pada mayat.
2. Tidak ada tanda-tanda overdose ubat atau racun pada mayat.
3. Tidak ada bukti Elisa bertemu dengan seseorang di hotel.
4. Elisa Lam memiliki riwayat Bipolar Disorder.

Dari kesemua informasi ini, kes kematian Elisa hanya terjadi atas 2 sebab iaitu kemalangan dan bunuh diri. Diantara keduanya, admin rasa bunuh diri lagi munasabah. Tetapi jika kesimpulan bunuh diri diambil, maka banyak pertanyaan yang boleh terjawab dengan mudah. Misalnya beberapa pertanyaan sebagai berikut:

1. Mengapa Elisa Lam pergi sendiri ke Los Angeles?

Memang tidak ada yang boleh jawab dengan tepat soalan ini. Tapi admin agak kemungkinannya adalah sebab Elisa ingin duduk berseorangan.

Menurut Michaelshouse.com, salah satu organisasi yang berhubung dengan ketagihan alkohol, dadah dan masalah mental, tanda-tanda yang biasa dijumpai pada pesakit Bipolar Disorder adalah:

“The symptoms of bipolar disorder and drug addiction are often similar, including: depression, mood swings, hopeless feelings, social withdrawal, anxiety and other behaviors.”

Jadi admin tidak hairan jika Elisa pergi ke Los Angeles sendirian kerana memang sedang ingin menyendiri.

2. Mengapa Elisa Lam berkelakuan pelik di dalam lift?

Sebelum admin jawab pertanyaan ini, ada yang perlu kita ketahui terlebih dahulu. Adakah rakaman CCTV tersebut bole menjadi kunci melerai misteri ini atau tidak sama sekali. Persoalannya sekarang.. kita tak tahu bila tarikh rakaman itu diambil.

Elisa check in ke hotel pada 26 Januari dan terakhir dilihat pada 31 Januari, jadi kita simpulkan kalau rakaman itu kemungkinan diambil pada 31 Januari.

Kita tahu mayat Elisa ditemui pada 19 Februari, namun forensik tidak dapat memastikan bila Elisa mati. Udara sejuk dan tidak ada serangga di dalam tangki dapat memlambatkn proses pembusukan sehingga menyulitkan identifikasi waktu kematian.

Namun apa yang ditunjukkan di dalam lift tetap menarik perhatian umum. Adakah Elisa mabuk minuman keras atau tengah stim dadah? Atau macam admin tulis tadi bermain-main dengan seseorang? Atau Elisa dirasuk? Atau penyakit bipolar disorder nya datang balik sebab tak minum ubat ? Perwatakan begini boleh dinilai jika seseorang itu dijumpai bunuh diri

3. Bagaimana Elisa boleh sampai ke bumbung? Bukankah pintu menuju bumbung dkunci dengan alarm?

Harus diingat, selain pintu tersebut, tangga kecemasan juga boleh menjadi laluan altenatif ke bumbung. Satu lagi fakta jika dilihat pada video yang ditunjukkan oleh pihak media terdapat banyak contengan dan grafiti dikawasan bumbung dan tangki… Menunjukan sudah ramai yang lepas ke bumbung.. Jadi, bagi admin ini bukan masalah.

3. Jika Elisa bunuh diri, macam mana tangki air tertutup ketika ditemui mayatnya?


Ketika mayat ditemui, air tangki penuh sekitar 75%. Dengan kondisi ini, mungkin ketika Elisa masuk ke dalam tangki, airnya masih penuh. Dan beliau masih dapat mencapai penutup tangki itu dengan tangannya
loading...