Ahad, 26 Mac 2017

8 Bulan Bercinta Baru Tahu Kekasih Adalah Pondan

Bornoe: Pangkalan Bun, seorang lelaki yang berasal dari kampung pasir panjang Rizki Budian tidak dapat mengawal perasaan terkejut apabila mengetahui kekasihnya yang dia tergila-gilakan selama ini adalah seorang pondan.

Selama 8 bulan mereka menjalin cinta, keduanya jarang bertemu kerana Rizki duduk di pangkalan bun manakala kekasihnya Laure 21 tahun di kampung Manis Mata.

Menurut Rizki mereka akan bertemu dalam dua kali sebulan” saya tak tahu kalau dia sebenarnya lelaki, saya menyesal dan malu. kata Riski di balai polis Pangkalan bun kelmarin.

Dia menceritakan setiap kali mereka bertemu dengan Lauren tak ada rasa curiga sedikit pun, selama 8 bulan bercinta Lauren mengaku sebagai seorang perempuan.

Perwatakan Lauren bila dilihat dengan mata kasar sememangnya mampu menipu mana-mana lelaki, sekilas pandang dia nampak betul-betul seperti seorang perempuan cantik, putih, gebu, dan badan melentik tinggi lampai.

Tak kalah juga dengan gerakan badannya yang ayu lemah lebut bak wanita tulen.

Menurut Rizki yang bekerja di Wira sewasta setiap kali bertemu, Lauren akan mengenakan tudung, beberapa bulan terakhir ini hubungan mereka semakin rapat hingga perjalanan cinta itu berakhir disebuah hotel bajet.

Namun sayang ketika kedua-duanya hendak melepas rindu, tempat hotel mereka bermalam diserbu oleh jabatan Agama Pangkalan Bun pada Khamis yang lepas.

Louren mengaku datang ke Pangkalan Bun menemui kekasih yang dia perdaya melalui laman media sosial itu, ia menumpang di salah satu rumah rakannya sepanjang dia bertemu Rizki.

Bagaimanapun kedua-duanya terpaksa di hadapkan ke mahkamah Pangkalan bun pada Jumaat semalam bagi kesalahan tingkah laku mereka.


loading...