Khamis, 2 Mac 2017

8 Gambar Jambatan ‘Super Cool’ Yang Menyelamatkan Lebih 1000 Nyawa Setahun

Kita tidak tahu berapa banyak haiwan yang mati akibat kemalangan lalu-lintas setiap tahun di seluruh dunia. Menurut statistik, di Amerika Syarikat sahaja, lebih satu juta haiwan kehilangan nyawanya akibat kemalangan jalan raya setiap hari.

Dalam rangka melindungi keselamatan hidupan liar, para arkitek dan jurutera telah banyak memikirkan cara untuk mengurangkan insiden kemalangan yang melibatkan hidupan liar. Pembinaan jambatan khas seperti yang dilihat di bawah ini merupakan salah satu daripadanya.

Jambatan layang untuk Hidupan Liar dan Jambatan Hijau: Kedua-duanya merujuk kepada struktur lintasan yang dibina untuk membolehkan hidupan liar menyeberangi jalan dengan selamat.

Jambatan untuk haiwan ini pertama kali muncul di Perancis pada 1950-an. Walau bagaimanapun, Belanda adalah negara yang mempunyai jambatan haiwan terbanyak di dunia. Terdapat kira-kira 66 buah jambatan dibina untuk menjaga populasi haiwan liar, seperti musang, babi hutan dan rusa.

Sebuah Taman Negara di Kanada dilengkapi dengan jalan bawah (underpass) dan jambatan layang. Laluan jalan bawah juga direka khas buat laluan burung penguin di New Zealand. Sementara di Victoria, Australia pula, tali di atas jalan bebas-halangan digunakan sebagai kawasan rehat burung.

Kemalangan lalu-lintas yang menyebabkan kehilangan nyawa haiwan liar tidak harus dipandang remeh. Mereka juga kehidupan bernyawa yang mempunyai keluarga dan berperasaan.


Oleh sebab itu diharapkan pembinaan infrastruktur yang dapat menyelamatkan nyawa mereka, atau mengurangkan insiden kemalangan yang melibatkan hidupan liar, mula dibina secepat mungkin.- Era Baru
Jambatan untuk haiwan liar di wilayah Brabant Utara, Belanda
Jambatan untuk Hidupan Liar di Belanda
Jambatan yang diperuntukkan untuk ketam merah di Pulau Christmas, Australia
Jambatan untuk haiwan liar di New Jersey, Amerika Syarikat
loading...