Rabu, 22 Mac 2017

Adik Rogol Kakak OKU Hingga Mengandung

Biadap dan tidak berperikemanusiaan itulah kata yang tepat kepada seorang lelaki Irfan Yusuf 20 tahun yang sanggup merogol kakak kandungnya sendiri yang merupakan seorang OKU Hingga mengandung 5 Bulan.

Suspek yang berjaya di tahan di kota Tasik Malaya semalam diserahkan kepada pihak polis.

Rusdy Yahya 54 tahun bapa mangsa tidak dapat menahan sebak apabila suspek pelaku rogol yang membuat anak gadisnya mengandung tidak lain adalah anak kandungnya sendiri.

Katanya kes rogol itu berlaku 5 bulan lalu ketika dia meninggalkan kedua anaknya itu di dalam rumah. tidak diketahui dengan jelas bagaimana permulaan kejadian namun menurut pengakuan mangsa, dia dipaksa membuka baju dan seluar oleh adiknya Yusuf.

Menurut mangsa, kucing peliharaannya akan dibunuh jika kejadian itu di ceritakan kepada orang lain.

Bagaimana pun rahsia itu terbongkar apabila mangsa mengadu sakit perut, bapanya kemudian membawa mangsa ke klinik untuk membuat pemeriksaan.

“Saya sangat terkejut ketika doktor mengatakan anak saya mengandung, saya bawa anak saya balik rumah dan memujuknya dengan penuh lemah lembut”

“Dan anak saya mengatakan bahawa adiknyalah yang melakukan semua itu”katanya

Mendengar pengakuan itu, Rusdy kemudian membuat laporan polis di balai berhampiran dan mahukan suspek segera di tahan.

Pada awalnya suspek yang berjaya ditahan enggan untuk mengaku, namun selepas di soal bertubi-tubi akhirnya suspek mengaku salah.

Katanya, sebelum kejadian itu dia dibawah pengaruh nafsu membara selepas menonton video lucah melalui handphone.

Niat jahatnya itu muncul apabila kakaknya tidur diruang tamu rumah mereka seorang diri, ditambah pula bapanya tiada dirumah jadi dia pun mengambil kesempatan tersebut.
loading...