Selasa, 28 Mac 2017

Animasi Terbaru Doraemon Untuk 2017 Ini "Great Adventure In The Antarctic Kachi Kochi"

Hai buat semua peminat-peminat animasi Doraemon. Sudah pasti peminat animasi ini mengetahui bahawa pada setiap tahun pasti ada sahaja filem terbaru animasi Doraemon ini di tayangkan. Sekarang ini pun telah di tayangkan trailer bagi movie Doraemon terbaru yang bakal di tayangkan pada tahun 2017 ini.

Bagi peminat animasi ini pastinya sudah tidak sabar lagi menantikan cerita ini di tayangkan selepas movie 3D pertama Doraemon, STAND BY ME. Adakah  filem terbaru ini akan menjadi movie sehebat kisah STAND BY ME? Pastinya jawapannya adalah YA bagi penonton animasi ini di Jepun. Kerana movie Nobita and the birth of Japan merupakan salah satu movie Doraemon yang Berjaya meraih carta tertinggi Box Office di Jepun.

Movie 3D pertama tersebut telah membuatkan rata-rata penonton mengeluarkan air mata, kemudian movie yang berikutnya iaitu Nobita and the birth of Japan telah di tayangkan pada bulan Mac 2016 dan kini movie terbaru Doraemon bakal menemui peminat pada tahun ini 2017.

Movie yang ke-37 ini di beri tajuk Nobita’s Great Adventure In Antartic Kachi Kochi bukanlah seperti movie Birth of Japan yang merupakan kesinambungan dari Birth of Japan yang di tayangkan pada tahun 1989. Kachi Kochi Adventure ini memiliki jalan ceritanya yang tersendiri berbeza dari cerita-cerita sebelumnya.

Dalam trailer tersebut tidak dinyatakan dengan lebih jelas jalan cerita movie kali ini, namun begitu dapat dilihat melalui trailer tersebut yang menunjukkan seluruh permukaan bumi diselaputi oleh Ais pada 65 juta tahun yang lalu.  Bersesuaian dengan tajuk serta jalan cerita tersebut, pengembaraan Nobita, Doraemon dan kawan-kawannya dipenuhi dengan ais serta salji. Malah diakhir trailer tersebut juga menunjukkan Doraemon yang membeku dalam ais batu.

Peminat animasi ini pasti sudah tidak sabar lagi nak menonton cerita ini bukan. Semoga movie terbaru ini Kachi Kochi berjaya meraih tontonan yang tinggi. Wartawan Jalanan

Mari kita layan trailer Doraemon ini sekejap,
loading...