Rabu, 15 Mac 2017

Ayah Menghilangkan Diri Setelah Anak Berusia 12 Tahun Maut Dirogolnya

Seorang lelaki tergamak melakukan perbuatan terkutuk terhadap anak kandungnya sendiri yang masih berusia 12 tahun dan mengakibatkan kanak-kanak itu maut.

Lelaki tersebut tergamak merogol anak kandungnya sendiri yang dikenali sebagai Yuliana Funan 12 tahun sejak November tahun lalu sehingga anaknya itu meninggal dunia kerana tekanan perasaan yang terlampau.

Perbuatan tidak bermoral ini dilakukan oleh Martinus Misa, yang merupakan penduduk Kampung Banae, Kecamatan Insana barat, Indonesia.

Mengikut keterangan beberapa orang saudara mangsa, kejadian tersebut berlaku sejak November tahun lalu lagi di kebun milik tertuduh.

Linda Tmaisan iaitu kakak kandung Yulina mengatakan, sebelum meninggal dunia mangsa pernah bagitahu bahawa dia telah dirogol oleh ayahnya sendiri di sebuah pondok yang terletak di kebun milik keluarga mereka. Kaki dan tangan mangsa telah diikat sebelum dirogol. Mangsa yang trauma setelah berkali-kali dirogol akhirnya jatuh sakit dan meninggal dunia pada Rabu lalu.

Kakak Yuliana yang lain, Yoneto Balo juga mengatakan bahawa dia juga nyaris dirogol oleh ayahnya sendiri yang merupakan tertuduh. Yoneto juga mengakui bahawa kejadian tersebut juga berlaku di tempat kejadian yang sama mangsa dirogol.

Perbuatan tertuduh Martinus gagal kerana mangsa Yoneto memberontak dan lari menyelamatkan diri walaupun mangsa telah di ugut bunuh oleh tertuduh jika mengadukan kejadian yang menimpanya kepada orang lain.

Beberapa anggota keluarga mangsa mengatakan bahawa jika anak-anak perempuan tertuduh mahu meminta duit bagi membeli makanan ringan pada ayahnya, tertuduh yang sepatutnya melindungi anak-anaknya itu bersikap melampau akan membuka seluarnya serta menunjukkan kemaluan terhadap anak-anaknya.

Tertuduh juga dikatakan sering memukul anak-anak serta anggota keluarganya itu dan melarang mereka bermain di luar rumah.

Ahli keluarga mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian dan perbuatan tertuduh tersebut. Pihak polis sedang cuba menjejaki tertuduh yang melarikan diri setelah perbuatannya itu terbongkar.
loading...