Jumaat, 3 Mac 2017

Ayah Tekejut Anak Gadis Berusia 13 Tahun Mengandung 3 Bulan.

Seorang remaja lelaki berusai 16 tahun yang tidak bersekolah bakal berdepan hukuman Seksyen 376 Kanun Keseksaan di mahkamah selepas ditahan polis kerana disyaki atas tuduhan rogol terhadap seorang remaja perempuan berusia 13 tahun yang kini berbadan dua.

Rahsia remaja itu mengandung terbongkar selepas bapanya seorang buruh binaan membawa anaknya untuk pemeriksaan perubatan di sebuah klinik Jalan Oya di sini Isnin lalu.

Doktor merawatnya mengesahkan mangsa mengandung 31 minggu dan bapa mangsa 57 tahun terus membuat laporan polis petang kelmarin.

Bertindak atas maklumat pasukan polis jabatan siasatan jenayah Sibu telah melancarkan satu serbuan di Pasai Siong dan berjaya menankap suspek malam Selasa lalu.

Suspek yang baru berusai 16 tahun, merupakan seorang penganggur dan tidak bersekolah dan mengaku telah meniduri mangsa atas alasan suka sama suka.


Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Saiful Bahri memberitahu kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana disyaki merogol.
loading...