Khamis, 9 Mac 2017

Bayi Berubah Menjadi Batu Dalam Rahim

Seorang wanita berusia 60 tahun di kampung Muara Berlian Jambi melahirkan bayi yang sudah pun menjadi batu.

Hal ini diketahui oleh pihak Hospital Raden Mataher mendakwa bayi itu sudah berusia 37 tahun dan wanita itu tidak mengetahui bahawa dia sebenarnya mengandung selama ini.

Menurut keterangan wanita yang enggan namanya didedahkan itu, dia selalu mengalami sakit kejang di bahagian perut dan susah untuk membuang air besar.

Sebab tidak tahan lagi menahan sakit, dia dibawa oleh anaknya kehospital untuk membuat pemeriksaan.

Pada awalnya wanita berkenaan di duga menderita tumor di bahagian perut namun selepas membuat pembedahan, pihak doktor menemui  beberapa benda yang sangat aneh.

Pembedahan berlangsung selama 2 jam 50 minit dan terdapat sesuatu benda yang menyerupai ketulan berjaya dikeluarkan dengan berat mencecah 1.5kg.

Pihak hospital kemudian cuba membelah benda yang sudah menyerupai batu tersebut dengan gergaji namun begitu ketika dalam usaha mereka menemui rambut dan terus menghentikannya serta doktor terus melakukan X-Tray terhadap benda tersebut.

Hasilnya, mereka menemui tulang rangka manusia yang lengkap. ditemui juga rambut, bahagian punggung bayi dan lekukan menyerupai lengan.

Perkara itu pun di siasat dengan lebih lanjut, dihadapan media pihak hospital memberikan keterangan kes seperti ini pertama kali berlaku di Indonesia dan baru 300 kali berlaku di dunia.

Kes seperti ini berlaku kerana sperma gagal masuk semula ke dalam rahim selepas pembuahan, sperma tersebut bersembunyi di belakang rahim dan berkembang.

Akibat kekurangan gizi, bayi itu kemudian mengecil dan mengeras seperti batu dan ini merupakan fenomena yang jarang sekali berlaku, katanya.

Bagaimanapun Dr Parianto, meminta izin kepada ibu bayi untuk menyimpan bayi tersebut sebagai tujuan pendidikan.
loading...