Ahad, 12 Mac 2017

Bergurau Tak Kena Tempat, Pasangan Kekasih Ditangkap

Gara-gara bergurau tak kena tempat, seorang lelaki dan kekasihnya telah ditahan polis selepas mencetuskan suasana panik di kalangan keluarga kerana memalsukan kematian wanita itu.

Micah Risner dan Nataleigh Schlette, yang berasal dari Ohio telah mengirim gambar seolah-olah Nataleigh telah dibunuh di dalam tab mandi. Mereka menggunakan sos untuk menggantikan darah.

Susulan itu laporan polis telah dibuat oleh tiga anggota keluarga yang terkejut dan histeria kerana menyangka pembunuhan itu adalah betul.

Selepas polis tiba, barulah mereka mendedahkan bahawa ia merupakan gurauan semata-mata.

Pasangan berkenaan mendakwa mereka berbuat demikian kerana mahu adik perempuan Risner, yang telah mencuri wang mereka balik ke rumah selepas mengetahui mengenai `pembunuhan’ terbabit.


Tidak diketahui berapa ramai yang menerima gambar berkenaan. Kedua-duanya akan didakwa.-Suara.TV
loading...