Ahad, 12 Mac 2017

Dendam Isteri Dahaga Seks Selama 10 Tahun

Seorang isteri sanggup memotong kemaluan suaminya selepas lelaki berkenaan enggan mengadakan seks dengannya selama lebih 10 tahun.

Rita Yadav, 28 tahun, menyerang suaminya, Ved Prakash, 31 tahun, di kediaman mereka di Ghaziabad, Uttar Pradesh, negeri di utara India, Khamis lalu.

Dia mendakwa suaminya enggan mengadakan seks sepanjang 10 tahun daripada 11 tahun perkahwinan mereka dan percaya Prakash mempunyai kekasih lain.

“Dia pernah berkata, dia bencikan saya. Kami bergaduh setiap hari. Dia berkata, dia benci melihat wajah saya dan mengancam menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Saya terdesak untuk mempunyai anak. Saya rayu supaya dia mengadakan seks dengan saya tetapi dia berkata, dia akan melakukannya dengan wanita lain. Saya sudah tidak dapat menahan perasaan lagi,” kata Rita.

Dia akhirnya bertindak untuk meluahkan rasa marahnya pada Khamis lalu apabila Prakash yang merupakan seorang pemandu teksi, pulang dari syif malam dan terus ke kamar mandi.

Rita dikatakan telah memukul suaminya di bahagian kepala dengan penggiling batu dan mangsa jatuh tidak sedarkan diri, kemudian Rita mengambil pisau dapur untuk memotong kemaluan suaminya.


Tak cukup disitu, Rita juga mengurung suaminya dalam bilik mandi sebelum menyerahkan diri kepada pihak polis.
loading...