Sabtu, 4 Mac 2017

Gadis 15 Tahun Jadi Korban Pemujaan Syaitan

HOUSTON: Dua anggota kumpulan penjenayah MS-13 dari El Savador dihadapkan ke mahkamah Rabu lalu atas tuduhan menculik tiga gadis dan membunuh seorang daripada mereka dalam upacara menyembah syaitan.

Pihak berkuasa berkata, kedua-dua suspek, Miguel Alvarez-Flores, 22, dan Diego Hernandez-Rivera, 18, yang memasuki Amerika Syarikat secara haram, berdepan dua tuduhan, iaitu menculik dan membunuh yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Kedua-dua suspek dikenakan ikat jamin AS$300,000 (RM1.3 juta), tetapi bakal dipenjarakan kerana didapati melanggar peraturan imigresen. 

Sementara itu, mayat gadis berusia 15 tahun ditemui pada 16 Februari lalu dengan kesan tembakan di muka dan dada.

Detektif Sarjan Chris Sturdivant, berkata identiti gadis itu belum disahkan secara rasmi tetapi mereka yakin beliau adalah gadis dilaporkan hilang pada Januari lalu berhampiran Jersey Village, Texas.

Salah seorang mangsa berusia 14 tahun yang terselamat berkata, mereka diberi dadah dan alkohol, selain dipaksa mengadakan hubungan seks. - Berita Harian Online


loading...