Selasa, 7 Mac 2017

Gadis Bunuh Diri Apabila Dua Kali Pinangan Kekasih Ditolak Keluarga.

Seorang wanita Sulfiani 22 tahun ditemui meninggal dunia dikhabarkan bunuh diri akibat hubungan cintanya tidak direstui oleh kedua orang tua di kampung Melakke Medan

Perkara itu diceritakan oleh sahabat mangsa yang mengaku bahawa malam sebelum kejadian Sulfiani meluahkan rasa kecewa terhadap kedua orang tuanya melalui perbualan panggilan telefon.

Dia berkata semua orang tidak merestui hubungan dengan kekasihnya Tahir 24 tahun malah kakaknya akan menjodohkan dia dengan lelaki lain yang lebih kaya dari Tahir, kata Suriani memberikan keterangan semalam.

Menurutnya mangsa dikejarkan ke hospital setelah meneguk sebotol racun selepas pinangan kekasihnya tahir ditolak oleh kedua orang tuanya.

Di maklumkan bahawa kedua-duanya berkenalan pada bulan Ramadhan dua tahun yang lalu ketika balik dari solat tarawih.

Sejak perkenalan itu keduanya saling bertukar nombor telefon sehinggalah menjalin hubungan cinta.

Pada pertengahan tahun lalu Tahir juga pernah masuk meminang Sulfiani, namun pinangannya ditolak kerana wang hantaran tidak dapat dipenuhi oleh Tahir.

Namun pada minggu lalu Tahir kembali masuk meminang namun pinangannya juga ditolak dengan alasan Sulfiani sudah di jodohkan dengan lelaki yang lebih matang dan kaya. Selain dari itu keluarga Sulfiani juga turut menaikkan jumlah wang hantaran yang seolah-olah sengaja di naikkan.

Sulfiani yang kecewa dengan sikap kedua orang tua dan kakaknya yang gelap mata meneguk racun tikus sehingga nyawanya tak mampu diselamatkah.

Sementara Tahir yang dihubungi pemberita sebentar tadi masih belum mampu memberikan keterangan,”saya masih tak boleh memberikan apa-apa komen, anda pasti tahu rasa kalau ditinggalkan orang yang kita sayang selama-lamanya, katanya
loading...