Rabu, 29 Mac 2017

Islam Itu Perdamaian Kata Thierry Henry

Ramai yang tertanya-tanya pemain bola terkenal, Thierry Henry seringkali bersujud mencium tanah seperti yang dilakukan pemain bola muslim tanda bersyukur.

Sujanews.com melaporkan, segelintirnya menganggap orang Henry telah menjadi muslim tapi sebahagian orang percaya dia masih penganut katolik.

Untuk membuktikan itu, satu video wawancaranya dengan Al Jazeerra, Henry banyak bercerita mengenai Islam, khususnya mengenai pemain Perancis yang sudah memeluk agama Islam.

Membincangkan lebih lanjut perbincangan Henry tentang Islam, transkrip temubual turut disertakan dari pejabat berita Al Jazeerra yang dimuat naik melalui youtube:

Bagaimana pandangan anda tentang Islam?

Saya bingung bagaimana menjelaskan ini, tetapi saya merasa, saya sangat dekat sekali dengan Islam. Banyak daripada rakan-rakan saya yang juga berpindah ke Islam seperti Christanval Filip, Anelka nicola, peter luccin, Éric Abidal, Ribery, yang didominasi Didier sehingga membuat saya semakin kuat untuk menjadi muslim

Mengapa Islam?

Saya menganggap Islam sebagai pilihan terbaik bagi saya. Perlu diketahui, jika saya ingin meyakini sebuah agama, maka saya akan banyak membaca buku-buku tentang agama. Dan islam mengajarkan sesuatu yang tidak diajarkan oleh agama lain walaupun saya mempelajarinya hanya dari sebuah buku.

Dan itulah sebabnya saya menganggap Islam yang paling dekat dengan hati saya.

Mengapa anda sendiri belum memeluk Islam?

Islam mengajarkan bahawa seseorang harus meyakini dahulu, saya belum yakin sepenuhnya, itulah sebabnya saya belum menyatakan Islam sebagai agama saya. Tapi saya faham bahawa Islam lebih dari agama lain yang selama ini mengajarkan sesuatu yang tidak diajarkan oleh agama lain.

Dan yang sangat kecewa ramai orang tidak meluangkan masa untuk cuba memahami Islam.

Selama ini Islam serupa dengan pengganas, pendapat anda?

Banyak orang yang beranggapan bahawa Islam adalah pengganas, dan bahkan dari mereka telah yakin Islam itu benar-benar pengganas.

Saya berfikir, mengapa orang-orang beranggapan demikian, dan itu sungguh sangat bertentangan terhadap apa yang diajarkan Islam, bahawa Islam sesungguhnya adalah perdamaian bukan pengganas.

Mengapa anda berfikir demikian?

Saya mempunyai beberapa hal pemahaman tentang Islam, walaupun hanya sedikit, saya fikir Islam mengajarkan tentang cinta kasih, perdamaian, kemurahan dan martabat manusia. Tapi banyak orang yang masih beranggapan bahawa islam sinonim dengan pengganas.

Sekali lagi, saya selalu menegaskan bahawa Islam bukan pengganas, sebab jika seseorang benar-benar percaya pada Allah, sudah pasti ia percaya pada Al-Qur’an dan Rasul terakhir, kerana Al-Qur’an dan Rasul pada dasarnya ditakdirkan Allah untuk membawa kedamaian , dan itulah Islam.-SuaraTV
loading...