Jumaat, 10 Mac 2017

Kecewa Tak Dibelikan Popcorn, Ibu Berusia 60 tahun Bunuh Diri

Seorang ibu berusia 60 tahun ditemui maut selepas dipercayai meminum racun rumput di kampung Galung Sulawesi Indonesia semalam.

Ketua polis Galung Kompol Jouke Tampatonda mengatakan, mangsa disyaki bunuh diri kerana merasa kecewa dengan sikap anak perempuannya yang sudah berkeluarga.

Katanya sebelum meinggal dunia mangsa sempat berbincang dengan cucunya Sriwahyuni 12 tahun dalam keadaan nazak.

Mangsa kecewa kerana tidak lagi mendapat perhatian dari anak perempuannya, mangsa meminta dibelikan jangung goreng (Popcorn) namun permintaannya tersebut gagal dipenuhi anaknya kerana duduk terlalu jauh, ujarnya.

Bagaimanapun hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan pada tubuh badan mangsa yang bermotifkan jenayah, kes di klasifikasikan sebagai mati bunuh diri.
loading...