Selasa, 21 Mac 2017

Kejam! Bayi Dijirus Air Panas Sebelum Dicampak Ke Dalam Tong Sampah.

Kejam dan tidak memiliki belas kasihan itulah yang dilakukan oleh seorang pembantu rumah apabila mejirus bayi yang baru dia lahirkan dengan air panas sebelum di campak kedalam tong sampah di perumahan Regency Melati Mas.

Suspek yang berusia 22 tahun dikatakan kini dalam rawatan hospital, sengaja membunuh bayi berkenaan kerana takut diketahui oleh majikannya.

Dia mengaku bahawa bayi malang berkenaan adalah hasil hubungan zina dengan kekasih yang dia kenali dari laman media sosial, katanya lelaki tersebut enggan bertanggung jawab membuatkan dia terpaksa membunuh bayi tersebut.

Pembuangan bayi itu diketahui oleh seorang pengangkut sampah, katanya dia merasa pelik dengan berat beg plastik hitam yang berlumurah darah serta mengeluarkan bau busuk yang menyegat.

Hal itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis berhampiran, pihak polis yang menjalankan penyiasatan telah mendapat maklumat bahawa ada seorang wanita yang membeli ubat penahan darah di kedai sekitar perumahan berkenaan dua hari lalu.

Setelah melakukan penyiasatan, pihak polis mendapati terdapat seorang wanita dalam keadaan tidak sihat di salah satu deretan rumah mewah itu.

Setelah membuat siasatan wanita itu  mengaku melakukan perbuatan itu kerana tertekan dan takut kehilangan kerja.

“Dia (bayi) menangis sangat kuat lalu saya menjirusnya dengan air panas sebelum membuangnya keluar,katanya.

Siasatan lebih lanjut akan kami lakukan setelah tertuduh selesai mendapat rawatan dari hospital, kami juga akan melakukan tes DNA untuk mengetahui siapa ayah bayi malang tersebut” kata Alexander ketua polis tangerang.
loading...