Jumaat, 3 Mac 2017

Kesilapan Besar Saya Benarkan Perompak Masuk Dalam Rumah Sampai Bayi Maut Ditangan Mereka

Salam semua, hari ini saya nak berkongsi cerita yang berlaku ke atas saya lebih kurang dua bulan lepas, pada 10/1/2017 pukul 9.45 pagi lebih kurang, saya sedang memasak di dapur untuk juadah tengahari.

Saya berseorangan di rumah kerana ke tiga-tiga anak ke sekolah manakala suami pula berkeja, ketika itu saya hamil empat bulan, tiba-tiba ada seorang wanita berpakaian sopan datang memberi salam dan menyatakan dia dari syarikat penapisn air datang untuk membuat demo alat yang meraka bawa, saya benarkan dia masuk, dan itulah kesilapan besar saya..

Sebaik sahaja dia masuk, seorang lelaki yang menunggunya do motosikl terus menyerbu masuk, rupa-rupanya mereka perompak, si perempuan pegang  saya, manakala si lelaki menggeledah rumah.

Apabila mereka mendapati hasil rompakan tak lumayan, mereka mula menyoal saya di mana saya simpan barang-barang berharga, saya memang tiada banyak wang ketika itu, barang kemas cuma ada rantai saja, mereka tidak puas hati dan mula memukul saya tanpa belas kasihan, akibat dari perbuatan mereka bayi saya keguguran, mungkin akibat tendangan lelaki itu di perut saya.

Apa yang saya cuba sampaikan di sini, “BERHATI-HATILAH WAHAI PARA IBU” lagi-lagi bila anda bersendirian. JANGSN BERI MASUK ORANG SEBARANGAN DALAM RUMAH untuk pengetahuan semua,

Penjenayah itu masih bebas walaupn laporan polis telah di buat dan kepada penjenayah itu ingatlah AKU AKN TUNTUT DI AKHIRAT KELAK APA YANG KAU BUAT PADA AKU DAN ANAK AKU.
loading...