Khamis, 2 Mac 2017

Kisah Sebenar Seorang Wanita Terjun Bangunan

Seorang wanita 20an dipercayai kecewa dengan kekasihnya sedang berada dalam keadaan mencurigakan iaitu disyaki cuba membunuh diri dengan niat melompat dari bangunan tingkat satu Utama Jaya.

Komander operasi seterusnya bertindak memujuk wanita berkenaan supaya tidak meneruskan niatnya sambil mencari cara untuk menangkapnya jika betul-betul ada peluang. 

Walau bagaimanapun kesukaran dihadapi oleh anggota bomba dalam cubaan untuk memujuk dan menyelamatkan wanita berkenaan disebabkan beliau berpindah blok bangunan sebelah apabila didekati.

Walau bagaimanapun, semasa anggota bomba bergerak ke blok bangunan sebelah untuk cubaan menggagalkan niat membunuh diri, wanita berkenaan terus terjun ke bawah. 

Tindakan pasukan bomba adalah merentangkan canvas setinggi 2 meter dari paras bumi dan wanita berkenaan terjun di tengah-tengah canvas yang direntangkan. 

Pasukan Emergency Rescue Service Jbpm Labuan terus bertindak memeriksa wanita berkenaan sebelum dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS.

Pemeriksaan awal mendapati wanita berkenaan tiada kecederaan serius. Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut

Operasi dan tindakan dilakukan oleh BBP Kampung Jawa dan BBP Labuan.
loading...