Sabtu, 18 Mac 2017

Komen Terakhir Di Wal FB Isteri Sebelum Bunuh Diri Secara Live

Kematian seorang lelaki anak tiga dengan menggantung diri secara live di facebook semalam telah membuatkan pengguna media sosial kecoh.

Video yang di siarkan secara live itu ditonton lebih dari sejuta orang, sehingga pihak facebook memadam serta merta video berkenaan, namun terdapat juga beberapa orang yang berjaya menyimpan video tersebut.

Lelaki yang bernama Pahinggar Indrawan dikatakan bunuh diri akibat kecewa dengan isteri yang meninggalkanya.

Dikatakan bahawa mangsa dan isterinya Dina Fitrianti sempat bergaduh mulut sebelum kejadian.

Pasangan berkenaan dibawa kerumah ketua kampung untuk berdamai akan tetapi selepas beberapa jam kemudian mangsa telah ditemui oleh anaknya dalam keadaan tergantung.

Dilihat dari akaun facebook isteri mangsa Dina Febrianti mengunggah status seolah pergaduhan keduanya sudah lama berlaku. Seperti pergaduhan tersebut telah berlarutan sejak bulan Febuari lagi, ” Emosi Tinggi” begitu tulisnya.

Kemudian di hari bulan yang sama beliau menulis , “Try to make the world getting better ..
Start from u Start from meStart from all of us”

Terakhir pada awal Mac akaun itu menuliskan “Hard breath .. need doc”.


Bahkan dalam postingan gambar, mangsa sempat memberikan komen “nakalnya isteriku”Hingga kini kabar terbaru mengenai isteri tidak dapat diketahui.
loading...