Isnin, 20 Mac 2017

Maafkan Saya Abang- Isteri Kepada Suami Bunuh Diri Secara Live Di Facebook.

Tangis pilu keluarga mengiringi Jenazah lelaki yang membunuh diri secara live di faceboook ketika dikebumikan semalam. Isteri dan anak-anak arwah turut hadir dalam pekebumian tersebut.

Keluarga tidak dapat menahan rasa sedih, terutama sekali isteri arwah Dina Fitrianti, beliau merasa kesal dengan tindakannya.

“Maafkan saya abang” katanya sambil memeluk tanah pekuburan suaminya itu, empat anaknya juga turut berada di situ, tidak terkecuali dengan anak lelaki mereka yang masih berumur  4 tahun.

Berkait dengan kejadian itu isteri arwah dikatakan menjadi punca arwah suaminya bunuh diri.

Menurut penduduk Setempat, sebelum arwah suaminya membunuh diri, pasangan itu bergaduh di luar rumah hingga dibawa ke rumah ketua kampung.

Ketika di rumah ketua kampung Dina Febrianti desak arwah suaminya menceraikannya, Namun arwah hanya diam membisu dan balik kerumah semula.
Sidiq yang merupakan ketua kampung menyatakan pasangan itu bergaduh berpunca daripada Dina Febrianti yang ditegur suami kerana terlalu kerap chetting dengan lelaki lain di laman media sosial.

Bagaimanapun Dina Fitrianti tidak menyangka bahawa lelaki yang menjadi suaminya selama 17 tahun itu sanggup membunuh diri.
loading...