Rabu, 22 Mac 2017

"Maafkan Saya Ibu, Ampunkan Saya Ayah"- Gadis Dirogol Oleh Majikannya Sendiri.

"Maafkan saya ibu, ampunkan saya ayah", itulah luahan gadis berusia 23 tahun yang melutut di hadapan kedua orang tuanya setelah  didakwa menjadi mangsa rogol oleh majikannya sendiri di Oman Arab Saudi sejak dua tahun lalu.

Gadis kampung yang berasal dari negara seberang ini berkata, dia bekerja sebagai tenaga kerja wanita di Negara itu semata-mata untuk membantu keluarganya yang hidup susah dikampung.

Mangsa ditempatkan dengan majikan yang dikenali sebagai Khaliq Saidi, akan tetapi keadaan menjadi pilu apabila mangsa diperlakukan seperti hamba dan dirogol berkali-kali sehingga menyebabkannya mengandung.

Tidak tahan dengan keadaan itu, mangsa kemudian melarikan diri dan membuat laporan di kedutaan Indonesia di Oman, beliau telah dihantar balik ke Indonesia dan selamat sampai ke kampung halamannya pada beberapa hari yang lalu.

“Saya sangat sedih melihat keadaannya, dia telah meminta maaf kepada ibu bapanya kerana balik dalam keadaan yang mengaibkan”, kata sumber.

Menurut sumber yang sama berkata, mangsa sebelumnya dipaksa oleh suspek untuk menggugurkan kandungan yang sudah pun berusia 8 bulan. Namun mangsa menolak dan melarikan diri dari rumah majikannya itu.

Bagaimanapun ibu bapa mangsa meminta bantuan dari mana-mana pihak yang mampu untuk menuntut keadilan terhadap anak gadis mereka.
loading...