Isnin, 6 Mac 2017

Mas Kahwin Berupa Kain Kafan

Mas kahwin merupakan hak seorang wanita yang wajib diberikan oleh bakal suaminya. Islam memberikan keistimewaan kepada Muslimah untuk mengajukan mas kahwin dan wajib dipenuhi oleh bakal suami. Ketiadaan mas kahwin boleh membuatkan sebuah pernikahan tidak sah.

Oleh kerana menjadi keistimewaan, Muslimah biasanya meminta hantaran mengikut apa yang dia suka. Ada yang meminta emas, duit, beberapa jenis barangan yang unik, benda-benda berharga, dan sebagainya termasuk seperangkat alat sholat.

Berbeza dengan perkahwinan yang lain, pernikahan dari negara jiran ini menjadi viral dilaman media sosial kerana pengantin wanita hanya meminta mas kahwin berupa kain kafan daripada bakal suaminya. Sangat unik malah jarang sekali kita dengar dan ketika ditanya alasannya, wanita ini menyampaikan alasan yang mengejutkan.

“Saya meminta mahar kain kafan kerana ketika saya mati saya ingin kain kafan mahar dari suamilah yang akan membungkus dan menemani saya di kubur sampai akhirat". kata Ariyati yang telah sah menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama Indra.

Walaupun itu merupakan hak Muslimah dan boleh mengajukan permintaan apa pun sebagai mas kahwin kepada calon suami, salah satu kemuliaan seorang wanita boleh juga di nilai pada mudahnya permintaan hantarannya.


loading...