Jumaat, 31 Mac 2017

Netizen Kecam Gambar Cium Mulut Nora Dan Nedim Depan Anak.

Netizen kecam gambar pelakon Nora Danish dan suami, Nedim bercium mulut di atas pelamin.

Gambar itu menjadi viral selepas gambar majlis akad nikah tersebar di media sosial semalam.

Gambar itu jelas menunjukkan Nedim mengucup dibahagian mulut sambil memegang bahagian muka Nora sejurus sejurus selesai majlis akad nikah semalam.

Tindakan itu mengundang rasa kurang senang netizen kerana pasangan berkenaan melakukan aksi tersebut secara terbuka sambil diperhatikan oleh dua orang anak mereka yang masih kecil.

Malah adegan itu juga dianggap sebagai kurang sopan dan meminta supaya pasangan itu menghormati majlis akad nikah.

Selain bercium, busana yang dipakai Nora turut dikritik dan dilabelkan sebagai terlalu seksi untuk majlis berkenaan.

Bagaimanapun, menerusi video yang dikongsi oleh pelakon Betty Rahman, adegan tersebut berlaku dalam tempoh kurang daripada satu saat.

“Ini contoh tidak baik kepada kanak-kanak kiri kanan. Ingat barat ke apa?,” tulis seorang netizen.

Terdahulu, pasangan ini selamat diijab kabulkan semalam.-SuaraTV
loading...