Isnin, 27 Mac 2017

'Pergi Cari Rumah Lain, Bawa Anjing, Kucing Kau Dari Sini...'

Di pinggirkan serta mendapat pelbagai sindiran dari masyarakat sekeliling, tidak mematahkan hati murni Norashikin Ahmad untuk menyelamat dan memberi perlindungan kepada 150 kucing dan 50 ekor anjing di sekitar Alor Gajah, Melaka.

Kisah Shikin dapat perhatian netizen apabila gambarnya mula tular di internet ketika menyelamatkan seekor anjing yang dilanggar kereta pada beberapa minggu lalu.

Perasaan kasih sayang yang mendalam terhadap haiwan yang terbiar membuatkan Shikin tidak mampu untuk tidur lena seandainya ada haiwan jalanan tidak di selamatkan.

Manakala bagi pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malik, Islam adalah agama rahmah dan kasih sayang terhadap sesama makhluk, sama ada haiwan atau manusia, muslim atau bukan Islam.

Namun beliau kesal kerana kehidupan yang diamalkan oleh dikalangan Melayu Islam hari ini kurang menekankan aspek kemanusiaan.

Ikuti laporan penuh Ashikin Rahmat bersama wartawan KiniTV, Grace Aisyah Kedayan. Malaysia Kini
loading...