Selasa, 14 Mac 2017

Punca Sebenar Lelaki Ini Serang Digi Center Di Sibu.

Sibu – Seorang atendan pub berusia 30 tahun ditahan selepas mengamuk dengan memecahkan pintu kaca di dua cawangan sebuah syarikat telekomunikasi dengan kayu golf.

Lelaki itu dipercayai berang apabila kredit telefon prabayarnya susut RM4 setiap hari.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Saiful Bahari Abdullah, berkata lelaki itu bertindak memecah pintu kaca premis di Jalan Wong King Huo kira-kira pukul 1.45 petang Isnin sebelum melakukan tindakan sama di sebuah lagi premis di Jalan Keranji pada pukul 2.45 petang.

Saiful berkata lelaki itu ditahan di sebuah lokasi di Jalan Belian pada pukul 5 petang.

Dia kini ditahan mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan.

Seorang jurucakap untuk premis tersebut berkata semua kakitangan dan pelanggan selamat kecuali seorang pengawal keselamatan yang menerima rawatan selepas cedera dalam insiden itu.

“Kami telah membuat laporan polis dan sedia bekerjasama dengan polis untuk menyiasat perkara itu,” kata jurucakap itu.
loading...