Rabu, 15 Mac 2017

Remaja Wanita Di Rogol 13 Orang Pemandu Lori Selama 12 Hari

Nasib malang yang menimpa seorang gadis remaja 12 tahun bunga (bukan nama sebenar) menjadi mangsa kekerasan seksual yang dilakukan oleh 13 pemandu lori selama 12 hari berturut-turut.

Bunga yang telah selamat ditemui menceritakan bahawa dia telah dijual oleh rakan ayah kandungnya sendiri.

Katanya kejadian bermula ketika suspek datang kerumah pada penghujung bulan Febuari yang lalu.

Kerana suspek kerap datang ke rumah mereka di Samarinda, mangsa tidak menaruh rasa curiga kepada rakan bapanya itu yang sebenarnya memiliki niat jahat.

Mangsa kemudian dipujuk kononnya suspek disuruh ibu mangsa untuk mengambilnya, tanpa sebarang soalan mangsa mengikut sahaja memandangkan sudah lama tidak berjumpa ibunya itu.

Sejak daripada itu bunga dikatakan hilang sehinggalah bapanya membuat laporan polis.

“Sejak anak saya hilang, saya sudah berusaha mencari dan  saya mengetahui bahawa rakan saya juga yang bawa anak saya. Di situ saya terus mencari suspek, dan pada awal bulan ini saya telah menemui suspek, tapi anak saya masih belum ditemui.

Sehinggalah kelmarin Bunga telah ditemui oleh anggota polis sedang merayau ditepi jalan.

Bunga berkata selama dalam tahanan selama 12 hari itu, dia telah di rogol secara paksa oleh 13 orang lelaki yang tidak dikenalinya. katanya memberikan  laporan di balai polis yang ditemani oleh ibunya.

Bagaimanapun menurut ibu mangsa Tini 28 tahun yang setia menemani satu-satunya anaknya itu mengatakan bahawa anaknya itu tidak hanya di rogol bahkan dipaksa untuk menghisap dadah jenis sabu.

Anak saya menceritakan semuanya, saya tidak kuat sehinggakan saya menangis mendengarnya. katanya.

Sementara pihak polis masih lagi meneruskan siasatan, hingga kini 13 suspek yang diburu masih lagi dalam pencarian. Sementara rakan bapa mangsa terus disoal siasat dalam tahanan.
loading...