Rabu, 8 Mac 2017

Rogol, Bunuh Dan Buang “Misteri Remaja 20 Tahun Hilang Terungkai”

Penemuan mayat seorang wanita dalam keadaan sangat memilukan telah mengungkap misteri kehilangan seorang gadis yang bernama Dini Ramadhani 20 tahun.

Pada Jumaat lalu pihak keluarga mangsa telah membuat laporan polis di bandar Bekasi (bogor) atas kehilangan anak gadis mereka, akan tetapi semalam ahli keluarga terpaksa menerima khabar sedih atas penemuan mayat seorang wanita yang disyaki merupakan anak mereka yang di laporkan hilang sebelumnya.

Mayat gadis berkenaan ditemui dalam keadaan tersangkut pada sebatang pokok buluh di hujung muara sungai Cisaat,vDesa Kerta Rahayu dengan tangan dan kaki mangsa diikat dengan menggunakan dawai.

Menurut hasil bedah siasat, mangsa Dini Ramadhani dipercayai di rogol terlebih dahulu sebelum dibuang hidup-hidup ke sungai berkenaan dengan tangan dan kaki di ikat sehingga meninggal dunia.

Hal itu disahkan oleh Hospital Polri, dimana dibahagian kemaluan Dini terdapat kesan bengkak dan juga sperma yang disyaki milik suspek yang dipercayai bukan satu orang.

Selain itu, beg dan barang-barang kemas yang dipakai oleh mangsa juga turut hilang sepeti cincin, rantai, subang serta motor milik mangsa selain dari menemui beberapa kesan luka lebam dibahagian tubuh.

Dimaklumkan mangsa keluar bekerja dengan menaiki motor pada pagi Jumaat lalu dan tidak balik ke rumah walaupun sudah menjelang malam.

Kes penemuan mayat ini disiasat oleh pihak polis Metro Bekasi bagi menjalankan penyiasat lebih lanjut,” kata AKP Agus Rohmat,SH sehingga kini pihak polis negeri itu belum menangkap mana-mana individu yang memiliki kaitan dengan kespembunuhan berkenaan.
loading...