Selasa, 14 Mac 2017

Rupanya Mangsa Baru Berkahwin 3 bulan lalu Dan Isteri Mengandung

Seorang pemandu yang baru sahaja berkahwin 3 bulan maut dalam satu nahas melibatkan empat kenderaan dan sebuah motosikal di Kilometer 134 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Sungai Dua pagi tadi.

Dikatakan kemalangan berpunca dari sebuah kereta jenis Proton Gen2 melaju melawan arus dari arah bertentangan iaitu dari Sungai Dua menghala ke Butterworth, apabila tiba di lokasi kejadian kereta yang dipandu seorang wanita itu kemudiannya dipercayai melanggar sebuah kereta jenis Perodua Kelisa yang dipandu mangsa yang berumur lingkungan 26 tahun itu.

Mangsa yang memandu Perodua Kelisa tersebut dikenali sebagai Mohamad Fandi Rosli berusia 26 tahun itu mengalami cedera parah dan disahkan meninggal di tempat kejadian lebih memilukan apabila dikatakan isteri beliau sedang mengandung.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kemalangan tersebut kira-kira jam 7.50 pagi tadi.

Katanya, pada masa sama, kereta jenis Proton Gen2 itu hilang kawalan dan menyebabkan ianya berpusing dan melanggar dengan dua buah kereta dan sebuah van kilang.



loading...