Sabtu, 4 Mac 2017

Saya Tidak Diperalatkan Oleh Hindraf Atau Siti Kassim - Asiah Abd Jalil

KUALA LUMPUR – Asiah Abd Jalil yang merupakan aktivis hak asasi manusia mengakui tidak diperalat oleh Hindraf atau peguam Siti Kassim.

Asiah menerusi status facebooknya menulis, tiada sesiapa boleh memaksanya untuk berbuat sesuatu termasuklah berhubung pemfailannya terhadap Dr Zakir Naik yang didakwa sebagai pengganas dan menggugat keselamatan negara.

“Encik suami bagitau, ramai yang tanya dia, adakah saya diperalatkan oleh Siti Kasim dan HINDRAF? Saya tergelak.

“Tahun ni genap 22 tahun encik suami kenal saya. Tiada orang boleh paksa saya supaya buat sesuatu, dan tiada orang boleh ugut saya agar jangan buat sesuatu.

“Tanyalah encik suami, setelah pemfailan saman sivil berkaitan Dr. Zakir Naik kelmarin, adakah saya terkesan dengan segala caci maki dan doa laknat yang dihamburkan?,”tulisnya dalam status berkenaan.

Tambahnya, hidupnya hanya seperti manusia lain dan tiada wang di dalam akaun banknya yang membuktikan dia dibayar oleh sesiapa.

“Hidup saya berjalan seperti biasa, ke hulu ke hilir urus anak-anak. Dan akaun bank saya seperti biasa cuma ada ratus-ratus ringgit saja, bukti bahawa saya tidak dibayar oleh sesiapa,”tulisnya dalam status berkenaan.

Sebelum ini, nama Asiah cukup diingati apabila dia mendakwa lelaki hanya berpoligami hanya disebabkan nafsu semata-mata dan bukannya kerana takutkan Allah.

“Lelaki yang berpoligami ni rata-ratanya sebab zakar (nafsu), bukan sebab zikir (takutkan Allah) pun. Sebab tu mereka pilih isteri kedua lebih teliti berbanding masa pilih isteri pertama dulu,” tulisnya.

Komen tersebut dimuat naik setelah statusnya mengenai poligami perlu dihapuskan kerana sudah tidak relevan dengan budaya masyarakat kini.

Terdahulu, seramai 19 rakyat Malaysia telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Plaintif terdiri daripada peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan dan juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).

Semalam, Penceramah tersohor, Dr Zakir Naik tidak keberatan untuk bertemu dengan peguam Siti Kassim dan Asiah.

Perkara itu dimaklumkan Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya dalam satu status di Facebook miliknya, semalam.-SuaraTV
loading...