Rabu, 29 Mac 2017

Sepasang Kembar Ditemui Maut Bersama, Dirogol Bergilir-gilir Lima Orang Lelaki.

Lampung: Malang nasib dua beradik yang merupakan kembar apabila kedua-duanya ditemui maut bersama di percayai diperkosa secara bergilir-gilir oleh 5 orang lelaki.

Kejadian yang menimpa mangsa Alisha Corinna 22 tahun dan Alisha Nathania dipercayai bermula ketika kedua-duanya sedang berjalan-jalan dan berjumpa 5 lelaki di jambatan baru kampung cempaka masjid minggu lalu.

Dilokasi berkenaan diketahui bahawa 5 orang suspek berkenaan berada dalam keadaan mabuk dan telah memaksa mangsa untuk minum bersama-sama.

Mangsa juga di ugut akan dibunuh jika enggan mengikut kemahuan mereka, tidak lama selepas itu mangsa di pukul dan tidak sedarkan diri.

Dipercayai bahawa kedua-dua mangsa di bawa ke rumah kosong dan telah di paksa untuk melakukan hubungan intim dengan kelima-lima suspek.

Takut perbuatan mereka di laporkan kepada pihak polis, kedua-dua mangsa kemudiannya dibunuh dengan cara mencekik mangsa sehingga maut.

Dimaklumkan jenazah kedua-dua mangsa ditemui oleh penduduk setempat dalam kedaan separuh bogel pada keesokan harinya.

Kejadian berkenaan kemudian dilaporkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan selanjutnya, mayat kemudiannya di bawa k ehospital untuk di bedah siasat.

Sementara ketua polis lampung Dedi Permandi berkata, pihak mereka terus menjalankan siasatan dan sudah berjaya menahan 4 orang suspek bunuh manakala seorang lagi masih dalam pemburuan.

Bagaimanapun ahli keluarga mangsa berharap agar pihak polis segera menangkap kesemua suspek dan mendakwa mereka atas kesalahan yang mereka lakukan.
loading...