Sabtu, 25 Mac 2017

Suami Suka Tengok Wanita Seksi Walaupun Depan Saya.

Saya baru sahaja berkahwin lapan bulan yang lepas. Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan suami melainkan satu sahaja.

Masalah saya dengan suami hanyalah kerana suami saya ini jenis yang suka tengok perempuan cantik. Pantang nampak perempuan cantik  atau seksi-seksi semuanya dia mesti nak tengok.

Bukannya sikit-sikit dia tengok, asalkan kalau tengah jalan, tengah duduk dekat kedai atau dekat mana sahaja tidak kira di mana sahaja kalau ternampak perempuan yang cantik dan seksi pasti matanya terus akan terarah perempuan tersebut.

Suami saya itu jenis yang suka tengok badan perempuan lain, saya sampaikan dah tak tahu nak buat apa dah.

Kalau di tanya sama ada saya cemburu atau tidak, isteri manalah yang tidak cemburu kalau suami sendiri lebih memandang pada wanita lain. Perasaan cemburu jangan nak cakaplah, sememangnya saya cemburu teramat sangat.

Suami saya ini bukan setakat tengok sahaja malah sampaikan dia share video-video perempuan yang menayangkan itu ini menggunakan whatsapp dekat kawan-kawan yang sekepala dengan dia dan kebetulan pula kawan-kawan dia itu memang jenis yang  sama macam dia jadi makin menjadi-jadilah perangainya.

Saya bukannya apa, saya cuma takut sikap dia itu akan membawa kepada terjadinya perkara yang tidak di sangka-sangka atau mungkin akan merosakkan kebahagiaan rumah tangga kami.

Saya dah pernah berbincang dengan suami dan saya pernah memarahinya. Suami pun dah berjanji tidak akan buat perkara tersebut lagi yang akan mendatangkan kemarahan saya tapi ternyata itu cuma janji kosong sahaja, suami masih dengan sikapnya yang lama.

Ramai orang cakap rezeki suami tidak akan berkat kalau suka tipu isteri dan untuk pengetahuan semua gaji suami saya sememangnya besar tapi tidak pernah cukup-cukup sampaikan nak buat apa pun tak boleh. Kadang-kadang itu sampaikan nak makan pun sesak.

Tolong jangan kecam saya, saya cuma ingin berkongsi luahan hati saya.-Kisah Rumah Tangga
loading...