Rabu, 29 Mac 2017

Swafoto Atas Katil, Hyorin (Sistar) Cetus Kontroversi

AKIBAT terlalu ghairah berkongsi gambar di laman sosial, ahli kumpulan Sistar, Hyorin seolah-olah mengundang kontroversi untuk dirinya sendiri.

Malah menurut laporan koreaboo.com, tindakan Hyorin memuat naik gambarnya yang duduk di atas katil dengan hanya memakai bra mencetuskan perdebatan di kalangan pengikut Instagram.

Lebih menimbulkan perbalahan apabila semua pihak tertanya-tanya mengenai individu yang sedang berbaring di atas katil yang sama.

Difahamkan gambar itu dirakamkan Hyorin ketika dia mengikuti siri jelajah bertemu peminat di Los Angeles dan New York.

Pengikut Instagram Hyorin ingin tahu sama ada orang yang berada disampingnya itu adalah lelaki atau perempuan.

Di kalangan mereka ada yang berhujah bahawa ia adalah seorang lelaki berdasarkan gaya rambut yang pendek. 

Sementara pengikut lain menegaskan bahawa Hyorin tidak akan muat naik gambar itu di Instagram jika individu itu ialah lelaki.


Hyorin bagaimanapun telah memadamkan gambar berkenaan.-mStar Online
loading...