Sabtu, 4 Mac 2017

Tarik Tali Pusat Bayi Hingga Keluar Usus Sebelum Dibuang Hidup-hidup

Seorang ayah tidak dapat menahan malu dan sebak apabila mayat bayi yang dia temui di sungai berhampiran rumahnya merupakan cucunya sendiri (anak luar nikah puterinya Nor 16 tahun).

Mayat bayi berkenaan di temui olehnya ketika dalam perjalanan ke tempat  kerja pada pagi hari Rabu
kelmarin, menurut laporan pada awalnya lelaki itu tidak mengetahui bahawa bayi itu adalah cucunya sendiri dan beliau sendiri melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pihak polis yang sampai di lokasi kejadian, kemudian membuat tinjauan dan menerima aduan salah seorang penduduk kampung yang menemui sebuah beg pelastik hitam berisi kain dan seluar dalam berdarah tidak jauh dari tempat penemuan bayi.

Berdasarkan info tersebut pihak polis telah menjalankan siasatan bagi mengetahui siapa pemilik kain dan seluar dalam berkenaan, lelaki yang menemui mayat bayi tersebut terkejut melihat kain yang dia kenali dan tanpa ragu-ragu telah membawa pihak polis ke rumahnya.

Setelah anak gadisnya diperiksa dan disoal  siasat dengan menunjukkan bukti yang ada akhirnya suspek remaja wanita berusia 16 tahun itu mengakui perbuatannya.

Nor mengaku telah melahirkan bayi itu pada waktu malam beberapa hari lalu di dalam rumah ketika ayahnya tiada.

Menurut pengakuan Nor bayi tidak berhenti menangis ketika dilahirkan, hal itu membuatkannya panik dan kemudian memotong tali pusat bayi dengan cara menarik tali tersebut sehingga usus terkeluar sedikit membuatkan bayi tersebut menangis tanpa mengeluarkan suara.

Tidak ada sedikit pun rasa kasihan melihat keadaan bayi tersebut malah demi menyembunyikan aib Nor kemudian membuang bayi itu ke sungai depan rumah mereka bersama dengan beg pelastik yang berisi kain dan seluar dalam berdarah .

Sejurus pengakuan Nor seorang remaja lelaki yang merupakan kekasihnya turut ditahan, kedua-duanya mengaku sudah melakukan hubungan intim layaknya suami isteri sejak Nor masih berusia 14 tahun lagi.

Bagaimanapun pihak polis turut mengesahkan perangai bapa suspek pelajar wanita yang sebenarnya tidak terlalu menjaga anak dan mengabaikan anak gadisnya itu selepas ketiadaan isterinya.

Menurut ketua pengurus perlindungan kanak-kanak Hairiah berkata sangat mustahil bagi seorang bapa tidak mengetahui perubahan perut anaknya jika mereka duduk dalam bumbung rumah yang sama

“Ini adalah pengajaran kepada orang tua agar selalu melakukan pendekatan kepada anak terutamanya anak remaja, kes ini berlaku kerana kurangnya perhatian orang tua dalam mendidik anak-anak sehinggakan ketika mengandung pun ayahnya tidak mengetahui”

“Peranan seorang ayah sangat penting mengawasi pergaulan anak sebagai usaha mencegah kenakalan mereka”

“Saya sangat perihatin kerana kes bunuh dan pembuangan bayi ini dilakukan oleh anak dibawah umur, saya yakin dia panik dan mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalahnya”ujarnya

Bagaimanapun hari ini pasangan remaja berkenaan disabitkan dengan kanun 341 atau 342 KUHP dengan hukuman tujuh tahun penjara.

loading...