Isnin, 13 Mac 2017

Telur Itik Terakhir Pemberian Ayah

Mangsa langgar lari yang berlaku di simpang masuk Taman Kiara Tanah Merah pada tiga hari lalu kira-kira dalam jam 2.30 tengahari telah menghembuskan nafas terakhir semalam.

Kata isteri mangsa suaminya itu beriya-iya nak menghantar telur itik kepada anaknya yang berada di bandar Tanah Merah.

Waktu ketika itu tengahari, si ibu yang pelik dan berkata “tunggulah petang nanti sejuk sikit. Tapi tak dipedulinya.

Sesampainya di rumah anaknya, mangsa terus memberi telur itu dan bila disuruh naik ke rumah serta minum dulu tetapi mangsa menolak katanya nak pergi rumah saudara seorang lagi.

Ketika hampir Maghrib, isteri mangsa yang risau kerana suaminya belum sampai di rumah, lantas terus menelefon anaknya tadi. Anaknya terus keluar mencari di tepi jalan.(takut ayahnya jatuh motor) .tapi tiada dan lantas terus ke hospital tanah merah.

Disitu dia menemui ayahnya dalam keadaan koma, masa itu jam sudah 8.00 lebih malam. Selepas itu terus di hantar ke HUSM Kubang Kerian.

Doktor berkata terdapat darah beku di dalam kepala mangsa tetapi risiko besar untuk membuangnya. Jadi mereka sekeluarga beri keputusan tak perlu bedah.

Akhirnya semalam mangsa telah menghembuskan nafasnya terakhir.

Menurutnya ada orang memaklumkan bahawa terdapat sebuah kereta MyVi yang dipandu laju dan telah merempuh mangsa dan terus memecut melarikan diri.

Nota:Sesiapa yang ada info minta tolong bagi maklumat pada pihak polis berhampiran
loading...