Ahad, 12 Mac 2017

Terpaksa Besarkan Anak Dalam Penjara

Pulau Bornoe Sulawesi:kerana mengalami masalah ekonomi seorang wanita anak satu terpaksa ditahan selama setahun selepas kantoi mencuri dan menjual Rantai emas rakannya untuk membayar sewa rumah pada bulan 11 tahun lalu.

Rismaya 35 tahun berkata terpaksa mencuri kerana tersedak kerana pemilik rumah tempat dia tinggal telah mengugut beliau akan dihalau jika tidak melangsaikan hutang sewa rumah yang tertunggak selama 3 bulan.

Bayi Rismaya, Muh Amin, turut dibawa masuk ke dalam kerana Amin masih lagi menyusu dan masih berusia 6 bulan ketika itu.

“Anak saya bawa bersama, kerana tidak ada yang menjaga di rumah dan dia masih menyusu, saya meminta kepada pihak polis supaya anak saya berada dalam jagaan saya. kata Maya yang merupakan seorang janda.

Bagaimanapun menurut kawan Rismaya yang enggan namanya didedahkan berkata, ketika mereka menjeguk Maya baru-baru ini, badan Maya nampak kurus manakala Amin begitu ceria ketika mereka menghulurkan beberapa mainan dan minuman air botol.

“Sesekali dia berdiri sambil tangannya berpaut memegang jeruji besi dan dia nampak riang ketika kami menghulurkan makanan, di tahanan inilah Amin membesar ,belajar makan, makan bubur sambil menyusu”

“Saya kenal siapa Rismaya kerana kami membesar di sekolah dan di kampung yang sama, tetapi setiap manusia pasti akan membuat silap, saya sudah beberapa kali meminta untuk menjaga Amin tapi Rismaya enggan berpisah dengan anaknya”katanya

Tak mengapa sekarang mereka memandangnya hina yang jelas dia menjalani hukuman, semoga kelak dia kembali dipandang mulia.katanya lagi.

Terdahulu kisah Rismaya pernah tular dilaman media sosial pada pertengahan tahun lalu sehingga menjadi perhatian natizen kerana hukuman yang di jatuhkan kepada  Rismaya terlalu berat hanya kerana mencuri rantai emas bernilai 3 juta rupiah.
loading...