Jumaat, 17 Mac 2017

Video: 46 Jemaah Maut, AS Bom Masjid

Sekurang-kurangnya, 46 orang terbunuh manakala ramai yang cedera selepas satu serangan udara dilakukan di utara Syria yang mensasarkan sebuah masjid, kata Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria semalam.

Menurut ketua badan pemerhati yang beribu pejabat di Britain itu, Rami Abdel Rahman, serangan berkenaan dilakukan oleh jet penjuang yang tidak dikenali dan mensasarkan sebuah masjid di Aleppo ketika jemaah habis menunaikan solat Maghrib sehingga membunuh 46 orang yang majoritinya adalah penduduk awam .

Lebih 100 penduduk awam turut cedera dan ada yang masih terperangkap di bawah runtuhan masjid di sebuah perkampungan di Al-Jineh kira-kira 30 kilometer ke barat Aleppo.

Kampung berkenaan kini dikuasai oleh kumpulan penentang beragama Islam namun tiada puak-puak militan wujud di perkampungan tersebut.

Ketika ini, pasukan penyelamat sedang bertungkus lumus mengeluarkan mangsa daripada runtuhan termasuk menyelamatkan penduduk kampung berkenaan yang masih tidak diketahui angkanya.

Seorang penduduk kampung, Abu Muhammed berkata, dia mendengar bunyi letupan yang kuat ketika masjid berkenaan diserang. Ketika itu katanya, jemaah baru sahaja habis menunaikan solat fardhu Maghrib yang selalunya selepas itu akan ada kuliah untuk para jemaah lelaki.

Menurut beliau, dia melihat kira-kira 15 mayat dan banyak bahagian tubuh manusia di bawah runtuhan berkenaan malah hampir tidak mengenali tubuh-tubuh yang bergelimpangan di situ.

Seorang wartawan AFP di lokasi kejadian berkata, para penyelamat pada awalnya sudah menamatkan pencarian tetapi terpaksa kembali mencari selepas mendengar suara meminta tolong daripada bawah runtuhan.

Rakaman video yang disiarkan media online, Halab Today turut menunjukkan kesan runtuhan teruk yang sebelum ini berdirinya sebuah masjid di kawasan itu.

Lebih 320,000 penduduk terbuhuh di Syria sejak konflik berdarah itu bermula enam tahun lalu melalui protes antikerajaan.

Pasukan tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat, A-S mengaku melakukan serangan berkenaan namun mengatakan ia dilakukan 15 meter dari jarak masjid tersebut.

Jurucakap tentera bersekutu yang diketuai oleh AS itu awal bulan ini turut menyatakan sejak serangan yang dilakukan ke atas militan di Iraq dan Syria, ia telah mengorbankan sekurang-kurangnya 220 penduduk awam sejak 2014 walaupun pada dasarnya pemerhati mengatakan angka itu mungkin lebih tinggi.utusan
loading...