Ahad, 12 Mac 2017

Video: Balik Lah Mak, Kesian Adik Ini.

Luluh hati melihat perjuangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terpaksa berhenti sekolah semata-mata mahu mejaga tiga adiknya yang masing – masing berumur tujuh tahun, dua setengah tahun dan 5 bulan.

Ketika dikunjungi pemberita di rumahnya Desa Wargaluyu jawa barat, si adik menangis ketakutan dengan kedatangan media, lembut si abang memeluk dan menenangkan adik perempuannya yang berusia dua setengah tahun.

Masih di ruangan yang sama, terlihat bayi comel lelap tertidur ditilam lusuh dengan botol susu yang nampak tawar masih melekat di mulut. sesekali abangnya membetulkan selimut di kaki adiknya.

Kisah empat beradik yatimini di viralkan oleh Akaun Facebook Lambe Turah, hingga menjadi liputan media Indonesia.

Dimaklumkan bapa kanak-kanak berkenan telah meninggal dunia 3 bulan lalu akibat sakit, manakala ibunya pergi meninggalkan mereka tanpa sembarang pesan.

Anak yang bayi di urus oleh abangnya yang berusia 10 tahun, anak perempuan yang berumur dua setengah tahun di urus oleh abangnya yang berumur 7 tahun.

Begitulah kehidupan mereka seharian, mereka selama ini diberi makan oleh jiran dan penduduk kampung yang perihatin, sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah untuk menyelamatkan mereka, mohon sesiapa yang peduli mengambil sebagai anak angkat, tulis akaun tersebut.
loading...