Ahad, 5 Mac 2017

Video Bayi Lahir Dengan Jantung Di Luar

Seorang bayi yang dilahirkan dengan jantungnya berdegup di luar dada mengejutkan ibu bapa dan doktor di India.

Tazmina Khatun, 28, yang berasal dari sebuah kampung di Assam,timur laut India melahirkan anak perempuannya itu di sebuah hospitalkerajaan awal minggu ini.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila mendapati jantunganaknya berdegupdi luar dadanya, sesuatu yang jarang berlaku.

Doktor berjaya menyelamatkan kanak-kanak itu selepas merawatnya serta-merta sebelum memindahkannya ke hospital lain.

Bagaimanapun, ibu bapanya bimbang dia akan mati kerana mereka tidak mampu membiayai kos pembedahan bagi memasukkan semula organ itu ke dalam dadanya.

Tazmina dan suaminya, Jahirul Isma, 29, berkata,mereka hampa dengan keadaan anak sulung mereka.

“Saya hanya mampumenangis melihat anak saya. Saya tidak percaya diaakan dilahirkan sebegitu.

“Kami hanya berharap keajaiban akan berlaku supaya dia hidup seperti orang lain,” kata Jahirul.

Tazmina berkata, dia tidak mengalami masalahsepanjang hamil.

Bagaimanapun, dia tidak pernah menjalani pemeriksaan sepanjang tempoh itu kerana masalah kewangan.

Dr Manirul Islam Sarkar yang merawat bayi itu sebaik dilahirkan berkata, bayi itu menghidap ectopiacordis yang menyebabkan jantungnya membesar di luar dada.
loading...