Selasa, 28 Mac 2017

Video Dan Gambar Budak Sekolah Melintas Jalan Dirempuh Lori, Tiga Maut Dua Cedera.

Tiga pelajar maut dan dua lagi cedera selepas dirempuh sebuah lori, ketika sedang melintas sebatang jalan dalam perjalanan pulang dari sekolah di china, lapor laman V4.

Dalam kejadian sekitar jam 3.57 petang, empat hari lalu di bandar Guangxi Guiping, tiga pelajar maut, manakala dua lagi cedera dan cebisan daging dan darah mangsa kelihatan di lokasi kejadian.

Sebelum rempuhan itu, dua orang guru sekolah telah meletakkan dua kon di tengah-tengah laluan pejalan kaki agar kenderaan yang melalui jalan itu berhenti dan memberi laluan kepada para pelajar sekolah untuk melintas.

Namun sebuah lori yang datang dipercayai mempunyai masalah brek, gagal berhenti lalu merempuh sekumpulan pelajar yang sedang melintas. Beberapa pelajar dirempuh, diheret dan digilis tayar lori sehingga maut dan cedera parah.

Pemandu lori itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan pihak polis sedang menjalankan siasatan punca kejadian.The reporter



loading...