Isnin, 13 Mac 2017

Video Dan Gambar Ngeri!!! 2 Maut Seorang Hancur Lori Muatan Kimia Bertembung Di Klang

Pelabuhan Klang: Seorang maut manakala dua lagi cedera apabila lori dipandu terbabit kemalangan di Lebuhraya SKVE menghala Pulau Indah, dekat sini, jam 8.52 pagi tadi.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, kejadian itu membabitkan tiga lori masing-masing membawa muatan kimia jenis ‘toluene’, gas memasak dan kontena

“Lori kontena itu didapati terbakar dan dua mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Seorang lagi mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan masih berada di dalam lorinya kerana terdapat kebocoran kecil bahan kimia,” katanya.

Menurut jurucakap itu, identiti semua mangsa belum dikenal pasti dan pasukan HAZMAT masih menjalankan operasi di lokasi kejadian.

“Seramai 23 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting, Shah Alam dan Pelabuhan Klang turut menyertai operasi itu,” katanya.






loading...