Ahad, 12 Mac 2017

Video & Gambar Wanita Mengandung Digilis Lori Sehingga Bayi Tercampak Keluar Dari Rahim

Seorang wanita sarat mengandung maut dalam keadaan mengerikan bersama bayinya apabila motosikal yang dia tunggangi bersama suami terlibat kemalangan dengan sebuah Lori Batu di Saraburi Thailand dalam kejadian yang berlaku semalam 10.03.17 kira kira jam 11 pagi.

Tubuh badan mangsa wanita yang dikenali dari Muang Nayok berusia 26 tahun itu hancur keseluruhan bermula dari kepala hingga ke bahagian kaki manakala isi perutnya juga melimpah keluar hingga mengakibatkan bayi lelaki dalam kandungan yang berusia 8 bulan itu tercampak keluar dari rahim sejauh 5 meter.

Manakala suaminya yang turut terlibat kemalangan itu mengalami cedera parah dibahagian kaki dan dada meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Medical Saraburi.

Bagaimanapun pihak berkuasa yang sampai ketempat kejadian selepas dimaklumkan membawa mayat wanita dan bayi untuk di bawa ke hospital, sementara pemandu lori di bawa ke balai polis Saraburi.

Dimaklumkan dari pemandu Lori batu Wang Qing yang berusia 50 tahun itu mengatakan kepada Golden Star semasa dia memandu menuju ke bandar dia berjalan di laluan selari dengan mangsa.

Semasa dia ingin melepasi mangsa yang berada di bahagian jalan sebelah kiri tiba-tiba Motorsikal mangsa terjatuh dan masuk ke bawah tayar lori bahagian belakang.








loading...