Selasa, 28 Mac 2017

Video Lelaki Lempar Kitab Bible Ke Dalam Masjid.

FORT COLLINS, Colorado: Polis menahan seorang suspek berhubung insiden vandalisme di sebuah masjid berhampiran Colorado State University yang disiasat sebagai jenayah kebencian.

Jurucakap polis berkata, Joseph Scott Giaquinto, 35, disyaki terbabit dalam beberapa jenayah termasuk yang didorong kebencian.

Terdahulu, polis meminta kerjasama orang ramai untuk mengenal pasti individu yang memecahkan tingkap dan melemparkan Bible di Pusat Islam Fort Collins, kira-kira 96 kilometer ke utara Denver.

Rakaman video menunjukkan seorang lelaki memakai baju berpenutup kepala dipercayai berusia awal 20-an mengambil batu di laluan pejalan kaki dan meninggalkan tempat itu, manakala satu lagi rakaman menunjukkan dia menendang pintu masjid Jurucakap itu bagaimanapun tidak mempunyai maklumat lengkap bagaimana polis mengenal pasti Giaquinto sebagai suspek.

Kejadian itu menyebabkan sesi pagi kelas agama untuk kanak-kanak dibatalkan, selain kira-kira 1,000 penduduk termasuk dari gereja berkumpul memberi sokongan moral kepada pihak masjid.

Ketua Polis, John Hutto yang turut menyertai perhimpunan itu menganggap insiden vandalisme di masjid itu memberi impak besar ke atas rakan Islam dan jiran. - Berita Harian Online
loading...