Jumaat, 10 Mac 2017

Video: Mereka Nak Malukan Saya, Saya Akan Bawa Pasukan Saya Jumpa Zakir Naik

PEGAWAI Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr. Fathul Bari kesal niat murninya untuk menjernihkan keadaan telah disalah erti oleh aktivis liberal, Siti Kassim.

Dalam tulisan bertajuk ‘Auntie Kassim Jangan Emosi’ di Facebook, beliau sekali lagi memberi teguran kepada Siti Kassim yang berterusan mempertahankan keputusannya untuk tidak bertemu dengan pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik.

Menurutnya, setakat ini beliau belum mengaturkan sebarang rancangan berkaitan pertemuan itu, selain bertanyakan persetujuan Dr. Zakir Naik dan tiga daripada 19 individu yang terlibat memfailkan tindakan undang-undang terhadap penceramah tersebut.

“Dr. Zakir Naik telah berikan respon bersetuju dengan syarat pertemuan yang bermanfaat dan berniat baik serta bertujuan merungkaikan salah faham. Adapun Auntie Siti Kassim asyik mengelat, konar-konar dan pusing-pusing.

“Last-last saya yang nak harmonikan keadaan pulak kena marah dan dituduh buli Auntie Siti Kassim.

“Saya nak tengok Auntie Siti pun saya dah takut. Takkan lah berani saya nak buli. Subhanallah. Tak baik la Auntie Siti Kassim. Akak Asiah Jalil tak marah pun saya,” katanya.

Beliau membidas kembali respon Siti Kassim menerusi video temubual yang disiarkan Malaysiakini, mempersoalkan kenapa hanya dua wanita sahaja dijemput dalam pertemuan itu dan mendakwa terdapat agenda ‘cauvinis lelaki’ dalam isu tersebut.

“Maaf Auntie Siti Kassim, saya tidak tahu bahawa ada tiga orang Muslim di antara 19 aktivis yang memfailkan saman. Itu kelemahan saya,” katanya.

Sehubungan itu, Fathul menambah seorang lagi aktivis, Muhammad Mujahidin Zulkiffli dalam senarai bertemu Dr Zakir Naik, selain seorang lagi peguam, Asiah Jalil.

“Maka, dengan ini saya tambahkan lagi seorang untuk cadangan bertemu Dr. Zakir Naik, so jadi 3 orang lah. Auntie Siti Kassim, akak Asiah Jalil dan Mujahidin. Is it ok?” katanya.

Siti Kassim dalam temu bual itu mendakwa kesediaannya bertemu Dr. Zakir Naik dengan syarat kesemua 19 aktivis yang mahu mengusir penceramah itu turut terlibat sama.

Menjelaskan perkara itu, Fathul Bari sekali lagi mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sebagai tidak relevan dalam pertemuan tersebut.

“Saya khususkan jemputan untuk auntie Siti Kassim, akak Asiah dan Mujahidin adalah kerana saya kasihkan kalian kerana Allah. Kalian adalah saudara seislam saya,” katanya.

Malah, beliau turut memberi jaminan kepada tiga individu berkenaan bahawa pertemuan itu akan dilakukan secara harmoni dan sejahtera tanpa sebarang provokasi mahupun diskriminasi.

“Saya berikan jaminan. Ini janji saya sebagai seorang Muslim. Kalau Auntie Siti masih bimbang, boleh bawa body guard atau bonzer.

“Auntie Siti Kassim, Dr. Zakir Naik sangat terkenal dengan open debate (debat terbuka). Beliau pernah berdialog dalam majlis yang dihadiri hampir sejuta manusia di India. Jadi takkanlah dia takut nak berdepan dengan 19 orang. Be rasional lah auntie Siti Kassim,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
loading...