Sabtu, 25 Mac 2017

Video Peladang Terkejut Ayamnya Sedang Mengeramkan Anak Kucing.

Sudah pasti ramai orang mengetahui apa itu ayam. Namun mungkin tidak ramai tahu tentang beberapa fakta menarik mengenai ayam.

Fakta 1: Tahukan anda, ayam merupakan ‘saudara terdekat’ yang berkait rapat dengan Tyransaurus-Rex.

Fakta 2: Ayam juga mampu untuk mengingat dan mengenal leboh dari 100 benda malah manusia. Ayam nyata lebih bijak dari yang anda sangka.

Fakta 3: Ayam mempunyai sifat ambil berat dan kasih sayang persis seorang ibu.

Jadi tidak hairanlah jikalau situasi ini berlaku. Kejadian ini dikisahkan berlaku pada seorang peladang yang sedang menjalankan tugasan hariannya untuk mengutip telur.

Seperti biasa, dia akan mendorong ayam-ayam tersebut ke tepi sebelum mengambil telur-telur mereka.

Situasi kelihatan biasa sebelum dia menolak sedikit salah seekor ayam tersebut dan mendapati, ia tidak mengeramkan ayam sebaliknya seekor anak kucing yang ketakutan.

Ayam tersebut kelihatan seolah-olah sedang melindungi anaknya meski didorong berkali-kali oleh peladang tersebut.

Jadi sekarang, mungkin anda sudah boleh mula setuju dengan fakta sebentar tadi bukan? Era Baru
loading...